Lepasi Halangan 1.1000, EUR/USD Teruskan Kenaikan Ke Paras Ketinggian Terbaru

1,025

Matawang Euro pamerkan pengukuhan pada sesi Eropah semalam susulan Suruhanjaya Eropah melancarkan dana pemulihan yang bernilai €750 bilion bagi membantu negara anggota yang terjejas akibat pandemik Coronavirus.

Tambahan lagi, belanjawan Kesatuan Eropah (EU) dikatakan akan mencecah sehingga €1.1 trilion yang turut merangkumi dana pemulihan pandemik.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD semalam, harga pada mulanya bergerak perlahan dan menurun pada sesi Asia sebelum penurunan lebih rendah ke paras 1.09340 didorong oleh komen oleh Timbalan Presiden ECB yang menyatakan ekonomi Eropah bakal menyusut sehingga 8% ke 12% pada tahun 2020.

Namun, Euro kembali mengukuh semula berikutan pengumuman dana pemulihan €750 bilion oleh Suruhanjaya Eropah.

Harga pada carta EUR/USD kemudiannya telah melonjak hampir 100 pips dalam masa 1 jam sahaja melepasi paras resistance 1.1000.

Kenaikan tertinggi harian mencecah paras 1.10300 namun harga mula menunjukkan penurunan semula pada sesi New York.

Penurunan sekitar 70 telah dipamerkan sebelum harga kembali membuat kenaikan dan berjaya menutup dagangan sesi tersebut di atas paras 1.1000 semula.

Bersambung pada sesi Asia hari ini, harga dilihat masih menguji paras ketinggian yang dicapai semalam dengan tekanan oleh US dolar susulan ketegangan antara Amerika Syarikat dan China semakin meningkat.

Harga turut membuat kenaikan dan menguji paras resistance tersebut pada awal sesi Eropah.

Jika kenaikan berjaya diteruskan, harga akan terus mencatatkan paras ketinggian terbaru 8 bulan berkemungkinan menuju paras 1.11200.

Sebaliknya jika harga membuat penurunan, paras tumpuan pada 1.1000 yang membentuk zon RBS (resistance become support) akan diuji sebelum harga turun lebih rendah.

Penurunan harga bakal menuju semula zon RBS di bawah paras 1.09000 jika US dolar kembali didagangkan kukuh berbanding Euro.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat