Letupan Jambatan Rusia Didalangi ‘Secret Service’ Ukraine?

522

Kecoh pada penghujung minggu apabila dilaporan berlaku letupan di jambatan Crimea yang turut dikenali sebagai Kerch Strait Bridge atau Kerch Bridge yang menghubungkan Rusia ke semenanjung Crimea.

Letupan yang berlaku di jambatan terpanjang di Eropah itu pada Sabtu lalu telah membangkitkan kemarahan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Putin mendakwa serangan itu didalangi oleh ‘Secret Service’ Ukraine yang bertujuan untuk memusnahkan infrastruktur utama di Rusia.

Berdasarkan beberapa video rakaman yang tular di media sosial menyaksikan bom dipasang pada sebuah trak yang melalui jambatan tersebut dan mengorbankan tiga nyawa.

Ironinya, selepas serangan yang telah dilancarkan Putin ke atas Ukraine selama berbulan-bulan sebelum ini sehingga meragut banyak nyawa yang tidak bersalah, menyifatkan insiden pengeboman itu sebagai tindakan pengganas.

Namun, Ukraine menafikan perkara tersebut.

Akibat insiden itu, Putin tidak menunggu lama untuk membalas serangan dengan turut mensasarkan untuk melumpuhkan infrastruktur penting di Ukraine.

Serangan peluru berpandu dilancarkan Moscow dengan laporan letupan berlaku di Kyiv dan menjejaskan sistem komunikasi dan tenaga.

Gangguan bekalan elektrik besar-besaran berlaku di beberapa bandar utama di Ukraine susulan serangan tersebut.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut terkejut dengan serangan balas pantas yang dilancarkan oleh Rusia.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menyatakan bahawa serangan oleh Rusia telah mengorbankan 14 nyawa dan 97 tercedera.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat