LG Cipta Pelitup Muka Berteknologi Tinggi

695

Firma teknologi gergasi Korea Selatan, LG Electronics mencipta sebuah pelitup muka yang dikuasakan oleh bateri dan direka untuk mengurangkan masalah orang ramai ketika memakai pelitup muka konvensional seperti kesukaran bernafas serta cermin mata berwap.

Lapor Reuters, pelitup muka berkenaan yang diberi nama PuriCare Wearable, hadir dalam satu saiz sahaja dan mempunyai berat sama seperti sepasang goggle ski.

Pelitup muka itu turut dilengkapi dua kipas dan penapis partikel udara berefisien tinggi yang berfungsi memastikan pengguna dapat menghirup udara yang lebih segar ketika menahan serta menghembus nafas.

Berikutan kawalan ketat terhadap pemakaian pelitup muka di tempat awam bagi mengelakkan jangkitan Covid-19, para pengeluar telah mengalihkan perhatian mereka terhadap pembuatan pelitup muka yang lebih selesa tanpa mengabaikan isu keselamatan pengguna.

“Bernafas menjadi kebimbangan utama apabila memakai pelitup muka dan pelitup muka yang pakai buang meningkatkan kos kebersihan alam sekitar,” kata pegawai kanan pasukan produk penyelesaian udara LG Electronics, Choi Yoon-hee.

Pelitup muka berkenaan hadir dengan bekas yang mengecas bateri dan membersihkan pelitup muka tersebut dengan sinaran UV. Jelas LG, pelitup muka terbabit mempunyai hayat bateri kira-kira 8 jam pada tetapan yang rendah dan dua jam pada tetapan yang tinggi.

Produk itu akan hadir pada suku keempat di pasaran yang terpilih. LG ketika ini masih belum mendedahkan harga jualannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat