LG TV Bakal Bawa Pengalaman Dunia Metaverse Di Ruang Tamu Di Rumah!

94

“Lepas ni kat TV dah ada metaverse, takde la bosan asyik tengok drama je.”

Syarikat gergasi teknologi Korea Selatan, LG Electronics berjaya memeterai perjanjian bersama platform teknologi berasaskan cloud Oorbit dan syarikat Pixelynx yang berfungsi sebagai pembentukan ekosistem muzik, permainan dan Web3.

Objektif utama kerjasama tersebut adalah untuk membenarkan para penonton televisyen merasai dunia metaverse di dalam rumah sendiri.

Menurut Pooya Koosha, co-founder dan Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Oorbit menyatakan bahawa perjanjian itu turut memberi peluang kepada penonton TV LG meneroka pelbagai dunia maya yang berbeza seperti konsert dan permainan artificial intelligence (AI).

Tambahnya lagi, metaverse dalam LG TV bukan sahaja memudahkan lagi penonton berinteraksi dengan individu lain malah membolehkan pembangun dan jenama wujudkan pengalaman dunia maya mereka sendiri.

Selain daripada itu, syarikatnya berhasrat untuk menarik berujuta-juta pelanggan baharu LG TV melalui metaverse yang boleh diakses oleh semua pihak tanpa sebarang rintangan.

LG Electronics juga mengemas kini matlamat pembangunan perniagaannya untuk menjual software berasaskan blockchain dan pembrokeran kripto.

Pada sisi berbeza, syarikat hiburan digital, blockchain dan gamifikasi, Animoca Brands berjaya memperoleh pegangan majoriti dalam Pixelynx yang berpangkalan di Los Angeles.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat