LHDN Akan Membenarkan LUNO Beroperasi Semula Seperti Biasa

11,635

Dalam kenyataan terbarunya yang dikeluarkan hari ini, Luno menyatakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menyahbekukan (unfreeze) akaun bank mereka di samping LHDN meneruskan siasatannya.

Tambah Luno, mereka sedang bekerjasama untuk mendapatkan semula akaun Maybank supaya dapat beroperasi semula.

Satu perkembangan positif oleh Luno sebuah syarikat pusat pertukaran matawang digital yang berpangkalan di United Kingdom dan pihak LHDN di Malaysia selepas pembekuan akaun bank Luno sejak hujung tahun lalu.

Berikut adalah kenyataan rasmi Luno hari ini:

Disebabkan pembekuan akaun oleh LHDN, Luno tidak dapat memproses deposit dan pengeluaran wang di Malaysia sejak daripada awal Disember 2017.

Dalam kenyataan rasminya sebelum ini, Luno mengatakan LHDN meminta mereka untuk menyediakan maklumat semua pelanggan mereka di Malaysia termasuk pengenalan diri, deposit/withdrawal dan juga transaksi.

Luno sebelum ini juga mengesahkan akan membuka pejabat di Kuala Lumpur dengan permintaan yang semakin tinggi di kalangan rakyat Malaysia.

Syarikat yang berpangkalan di United Kingdom ini adalah antara bursa bitcoin yang terawal di dunia di samping Bittrex dan Coinbase yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

 

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat