Lihat Kesan Data Inflasi UK dan Inflasi AS Terhadap Dagangan GBP/USD

573

Matawang dolar US menunjukkan peningkatan pada nilai dagangannya semalam selepas data indeks harga pengguna dikeluarkan semalam yang mengukur kadar inflasi tidak termasuk kenaikan harga tenaga, mendorong USD untuk meneruskan semula pengukuhan selepas membuat pembetulan harga (pullback) pada hari sebelumnya.

Jabatan Buruh melaporkan indeks harga pengguna (CPI) di Amerika Syarikat kekal tidak berubah untuk kali ketiga berturut-turut pada bulan Januari, disokong oleh harga petrol yang rendah. Tidak termasuk harga makanan yang tidak menentu serta komponen tenaga, CPI mencatatkan 0.2%, kenaikan dengan margin yang sama untuk lima bulan berterusan.

Bacaan kadar inflasi tahunan di UK pula mencatatkan penurunan 1.8% berbanding 2.1% sebelumnya, dan lebih rendah daripada jangkaan penurunan 1.9%. Kadar inflasi teras pula kekal tidak berubah di paras 1.9%. Data indeks harga pengeluar (PPI) turut mencatatkan bacaan angka yang kurang memberangsangkan. Dengan itu, matawang Pound Sterling didagangkan lemah pada sesi pasaran Eropah semalam bersambung ke sesi pasaran New York.

Namun, Sterling telah membuat lonjakan sementara pada sesi pasaran New York semalam berikutan laporan cadangan untuk melanjutkan tarikh pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah.

Jika diperhatikan pada chart pasangan matawang GBP/USD, harga melonjak dari paras Magic Pivot semalam sehingga menyentuh paras resistance MagicR2 sebelum USD kembali memberi tekanan terhadap GBP ekoran data inflasi AS yang baik.

Pergerakan harga dilihat menguji zon support GBP/USD sekitar paras 1.28400. Tumpuan pelabur hari ini akan terarah pula kepada data jualan runcit serta indeks harga pengeluar di Amerika Syarikat pada jam 9.30 malam ini yang akan memberi impak terhadap dagangan USD. Dan pada Jumaat pula, fokus beralih kepada data jualan runcit di UK pada sesi pasaran Eropah.

 

Lihat juga paras-paras tumpuan harga pada chart GBP/USD yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

Paras support : 1.2800, 1.2761, 1.2682.
Paras resistance : 1.2919, 1.2997, 1.3037.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat