Lihatlah Apa Yang OPEC Dah Buat Pada Harga Minyak

395

Janji OPEC+ untuk terus mendukung pemotongan pengeluaran minyak mentah terus menyokong kenaikan harga buat komoditi hitam ini untuk terus menguat di paras ketinggian satu tahun.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Bersama Menteri (JMMC) pada hari Rabu, menyaksikan negara-negara pengeluar komited untuk terus membantu mengembalikan keseimbangan pasaran minyak mentah dunia.

Menteri-menteri yang dipimpin oleh Arab Saudi dan Rusia menekankan pentingnya untuk mempercepatkan keseimbangan semula pasaran di tengah-tengah prospek ekonomi dan permintaan minyak yang tidak menentu.

Penanda aras minyak WTI Amerika Syarikat didagangkan mengukuh pada $56.13 setong, selepas mencapai tahap ketinggian terbaru satu tahun pada hari Rabu.

Sementara minyak mentah Brent pula menguat pada $58.80 setong dengan kenaikan lebih 0.2% pada sesi Asia hari ini, setelah mencapai paras tertinggi sejak pertengahan Februari 2020.

Selain itu, laporan daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) yang menunjukkan penurunan bekalan minyak mentah AS sebanyak 994,000 tong minggu lalu, turut menyokong kenaikan harga.

Komoditi ini juga didukung oleh berita bahawa Demokrat telah mengambil langkah pertama untuk memajukan rancangan bantuan coronavirus bernilai $ 1.9 trilion yang dicadangkan oleh Presiden Joe Biden dengan meluluskan resolusi belanjawannya di Dewan Perwakilan AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat