Lima News Besar Perhatian Pasaran Pada Minggu Ini (24 – 28 September)

675

Amerika Syarikat akhirnya mengumumkan tariff baru terhadap China dengan jumlah $200 billion di mana pasaran dilihat dapat menerimanya. China selepas itu mengumumkan tindak balas kepada tariff itu dengan jumlah $60 billion terhadap produk daripada Amerika Syarikat.

Apa yang menambah kecelaruan kepada pasaran ketika ini adalah tindakan China membatalkan rundingan bersama AS.

Dalam perkembangan lain, isu Brexit masih lagi menemui jalan buntu apabila retorik oleh Perdana Menteri UK Theresa May pada minggu lalu menyebabkan junaman kepada Sterling.

Minggu ini perhatian pasaran akan terarah kepada lima news besar berikut:

 

#1 Perkembangan Perang Dagang AS-China (Sepanjang Minggu)

Sudah tentu perang-dagang akan menjadi tumpuan dengan perkembangan terkini menunjukkan jalan buntu kepada pertelingkahan dua kuasa ekonomi terbesar dunia. Dengan pembatalan rundingan oleh China, ia dijangka menyebabkan pasaran terus berada dalam ketidaktentuan (uncertainty).

 

#2 Retorik Terkini Oleh Pemimpin UK dan EU Dalam Isu Brexit (Sepanjang Minggu)

Perdana Menteri Theresa May mengakui pada Jumaat lalu bahawa rundingan Brexit tidak bergerak lancar seperti yang dihebohkan sebelum ini. Theresa May dalam ucapannya di Downing Street berkata, beliau tidak boleh menerima cadangan oleh Kesatuan Eropah (EU) untuk mengekalkan sempadan Ireland di dalam Custom Union, EU. “Kami tidak akan bersetuju dengan itu, kerana ia bermaksud memecahkan negara kami,” demikian kata Theresa May.

 

#3 Penetapan Dasar FOMC, The Federal Reserve (Khamis)

The Federal Reserve akan mengumumkan dasar monetari yang terbaru pada Khamis pukul 2 pagi dan tumpuan sudah tentu terarah kepada sidang media oleh Pengerusi Jerome Powell. Jangkaan pasaran kali ini adalah bank pusat akan menaikkan kadar faedah kepada 2.25%, selepas panduan (guidance) yang diberikan oleh ahli-ahli Fed dan data-data ekonomi yang memberangsangkan sejak mesyuarat sebelum ini.

 

#4 Penetapan Dasar Oleh Reserve Bank of New Zealand (Khamis)

Bank pusat New Zealand (RBNZ) baru-baru ini dilihat mengalihkan nada komen mereka kepada dovish yang membuka peluang kepada kadar faedah untuk turun lagi di masa hadapan. Namun, Gabenor Adrian Orr dilihat tidak akan memotong kadar faedah 1.75% buat masa ini. Jika pihak bank pusat pada Khamis sekali lagi menegaskan komen yang bersifat dovish, kita jangka NZD akan tertekan. Dasar akan diumumkan pada pukul 5 pagi hari Khamis.

 

#5 Data Inflasi Zon-Eropah (Jumaat)

Data ini akan diumumkan pada Jumaat pukul 5 petang. Inflasi CPI kini berada pada sekitar 2.0% yang direkodkan pada bulan Ogos yang mencapai sasaran ECB. Walaubagaimanapun, inflasi-teras (Core-CPI) hanya meningkat 1%. Jumaat ini kita akan mendapat data awal bulan September selepas ECB mengurangkan amaun pembelian bon. Jangkaan pasaran untuk data kali ini adalah 2.1% dengan bacaan teras pada 1.1%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat