Lima News Besar Tumpuan Pasaran Forex Minggu Ini (31 Disember 2018 – 4 Januari 2019)

438

Permulaan dagangan pada awal tahun 2019 hari ini menunjukkan pasaran saham kembali tenang berbanding prestasi pada minggu-minggu sebelum ini. Pergerakan matawang Dollar tidak menentu dan terdapat sedikit kelemahan. Dalam satu kenyataan Presiden Donald Trump di media sosial twitternya, beliau menjelaskan bahawa perbualan dengan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping akan memberi kesan yang positif.

Berikut adalah 5 news besar tumpuan pada pasaran minggu ini.

#1 Data NFP ADP di Amerika Syarikat (Khamis)
Data pekerjaan ADP merupakan data pekerjaan untuk sektor swasta di mana laporan ini akan dikeluarkan pada jam 9:15 malam Khamis ini. Menurut badan buruh, Amerika Syarikat memperoleh kenaikan pekerjaan ADP pada bulan November sebanyak 179K. Jangkaan untuk Disember dijangka membuat kenaikan sedikit iaitu kepada 180K.

#2 Data Perkilangan PMI Amerika Syarikat (Khamis)
Tidak lama selepas itu, pasaran akan dihiasi dengan data perkilangan PMI untuk Amerika Syarikat tepat pada jam 11:00pm. Bacaan yang diterima pada bulan November lalu adalah sebanyak 59.3 dan pasaran menjangkakan bacaan ini akan menguncup untuk bulan Disember kepada 57.7.

#3 Data Inflasi Zon Eropah (Jumaat)
Pada sesi Eropah Jumaat ini, tumpuan pelabur akan tertumpu kepada bacaan inflasi zon Eropah. Inflasi tahunan di Eropah untuk November menunjukkan bacaan yang selari dengan unjuran bank pusat ECB iaitu 2.0%. Namun begitu, kadar inflasi teras masih terikat pada paras 1.0% dan diramalkan akan terus kekal untuk Disember.

#4 Data Pekerjaan NFP Amerika Syarikat (Jumaat)
Antara data yang ditunggu-tunggu oleh pedagang adalah set data pekerjaan di Amerika Syarikat yang dijadualkan pada Jumaat ini jam 9:30 malam. Data ini bakal memberikan gambaran dan petunjuk kepada bank pusat Federal Reserve untuk menentukan dasar terbaru pada hujung Januari ini. Angka NFP pada November dikeluarkan pada bacaan yang mengecewakan iaitu 155K. Walaubagaimanapun, purata pendapatan yang merupakan data tumpuan FED merekodkan kenaikan daripada 0.1% kepada 0.2%. Untuk kali ini, kedua-dua data pekerjaan ini dijangka mengeluarkan angka yang positif.

#5 Data Pekerjaan Kanada (Jumaat)
Selain data pekerjaan di Amerika Syarikat, Badan Statistik Kanada juga akan mengeluarkan laporan pekerjaan bagi bulan Disember juga sama waktu seperti data NFP AS. Untuk November, terdapat kejutan dalam sektor pekerjaan Kanada dengan lebih kurang 94.1k dicatatkan pada November sementara itu kadar pengangguran pula turun kepada 5.6%. Kemungkinan kita akan melihat kemerosotan dalam data ini untuk Disember ekoran terdapat penurunan di dalam sektor pekerjaan hasil tinjauan IVEY PMI Kanada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat