Lima News Besar Tumpuan Pasaran Forex Pada Minggu Ini (9-13 April)

950

Minggu ini perhatian akan terus terarah kepada sentimen Perang Perdagangan AS-CHINA. Persoalannya sekarang, adakah kedua-dua kuasa ekonomi dunia akan berunding? atau sebaliknya terus mengenakan tariff? Jika tiada rundingan kitau boleh menjangka kesannya dalam jangka masa panjang kepada ekonomi dunia yang lebih perlahan.

Minggu ini pasaran juga akan berfokus kepada laporan pendapatan syarikat-syarikat yang akan mencorakkan pergerakan pasaran saham khususnya pada awal suku kedua tahun 2018. Sedikit sebanyak, laporan pendapatan akan mengalihkan fokus pasaran daripada ‘Perang Perdagangan’.

Berikut adalah tumpuan utama pasaran pada minggu ini:

#1 Perkembangan Perang Perdagangan (Sepanjang Minggu)

Sebagai retail-trader, ini adalah sentimen utama yang akan kita perhatikan pada minggu ini. Ambil perhatian sama ada ketegangan perdagangan semakin meruncing atau pun terdapat usaha rundingan oleh kedua-dua pihak AS-CHINA.

Sepanjang minggu lalu kita telah melihat kedua-dua kuasa ekonomi dunia ini saling berbalas tindakan tariff. Apabila AS mengenakan tariff, China seterusnya bertindak balas dengan mengenakan perkara sama. AS dilihat akan menang dalam pengenaan tariff ini kerana jumlah import yang lebih besar tetapi satu yang perlu kita ingat China adalah sumber hutang terbesar Amerika Syarikat.

#2 Inflasi Amerika Syarikat (Rabu)

Data ini akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam Rabu di mana ia dijangka tidak berubah berbanding kenaikan 0.2% sebelum ini. Data inflasi (CPI) yang meningkat akan menjadi pemangkin yang mendorong The Fed menaikkan kadar faedah di masa akan datang. Selain itu, data harga pengeluar (PPI) juga akan dikeluarkan pada Selasa.

#3 Minit Mesyuarat The Fed (Khamis)

Minit mesyuarat akan dikeluarkan pada pukul 2 pagi hari Khamis. Bank pusat AS telah menaikkan kadar faedahnya seperti yang dijangka pada 21 Mac tetapi masih mengunjurkan hanya tiga kali kenaikan kadar faedah tahun ini. Pasaran akan melihat isyarat yang lebih lanjut terutamanya perdebatan ahli-ahli FOMC tentang inflasi dan kenaikan kadar faedah di masa akan datang.

#4 Minit Mesyuarat ECB (Khamis)

Minit mesyuarat ini akan dikeluarkan pada pukul 7.30 malam di mana pasaran akan mendapatkan laporan lanjut perbincangan ahli-ahli ECB (Governing Council) tentang hala-tuju kenaikan kadar faedah di masa akan datang. Sebelum ini terdapat isyarat bahawa ahli-ahli ECB telah mengalihkan perdebatan mereka daripada rangsangan monetari kepada kadar faedah, di mana ia dilihat satu perkara yang positif kepada pengetatan polisi monetari ECB.

#5 Data Perdagangan China (Jumaat)

Data imbangan perdagangan China ini akan dikeluarkan pada Jumaat. Ini adalah data yang menunjukkan hasil tolak eksport kepada import di mana jika ia positif akan memberi kesan positif juga kepada ekonomi global khususnya Australia.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat