Lima News Besar Tumpuan Pasaran Minggu Ini (9-13 Julai)

906

Pasaran akan lebih banyak memberi tumpuan kepada komen-komen yang dikeluarkan oleh individu penting termasuk gabenor bank pusat dan ketua-ketua negara kuasa besar dunia. Paling menjadi tumpuan ketika ini adalah perkembangan perang perdagangan antara AS-China.

Dalam beberapa minggu akan datang juga akan berlangsungnya pengumuman pendapatan syarikat untuk suku kedua tahun 2018. Sudah pasti ia akan menjadi penggerak kepada pasaran saham global bergantung kepada prestasi syarikat utama dunia.

Tidak banyak data ekonomi penting yang akan dikeluarkan pada minggu ini dengan tumpuan akan terarah kepada data inflasi CPI Amerika Syarikat pada hari Khamis.

Berikut adalah lima berita penting yang akan menjadi perhatian pasaran pada minggu ini.

#1 Fokus Kepada Perkembangan Perang-Dagang (Sepanjang minggu)

Amerika Syarikat telah mengenakan tariff terhadap $34 billion produk China berkuatkuasa secara rasmi pada Jumaat lalu. China menuduh Amerika telah mencetuskan ‘perang perdagangan berskala besar’ dengan ketegangan antara kedua-dua kuasa ekonomi dunia ini semakin meningkat.

Trump mengatakan tariff $16 billion selebihnya akan berkuatkuasa dalam tempoh dua minggu. Beliau juga memberi amaran akan ada tambahan $500 billion tariff jika China cuba membalas.

#2 Penetapan Polisi Bank of Canada (Rabu)

Bank of Canada (BoC) akan mengumumkan polisi monetari terbarunya pada pukul 10 malam hari Rabu. Bank pusat dijangka menaikkan kadar faedahnya pada mesyuarat kali ini yang mana akan terdapat ramalan terbaru dan sidang media oleh Gabenor Poloz dan Carolyn Wilkins. Ekonomi sejak akhir-akhir ini menunjukkan peningkatan dengan peningkatan paling penting dicatat oleh kadar gaji pekerja. Namun, hubungan dagangan dijangka akan terus menjadi sumber kebimbangan bank pusat.

#3 Minit Mesyuarat ECB (Khamis)

Minit mesyuarat ini akan dikeluarkan pada pukul 7.30 petang hari Khamis. European Central Bank (ECB) telah mengumumkan perkara penting dalam mesyuarat mereka sebelum ini. ECB mengumumkan pengurangan amaun pembelian bon kepada $15 billion pada suku keempat tahun 2018 dan pengakhiran kepada pelonggaran kuantitatif (QE) bermula pada 2019. Persoalan penting sekarang adalah bilakah kadar faedah akan mula dinaikkan? Bank pusat menyatakan ia akan dinaikkan pada musim panas tahun 2019 dan ia bergantung kepada keadaan ekonomi semasa.

#4 Data Inflasi CPI, AS (Khamis)

Data inflasi ini akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam. Harga pengguna membuat kenaikan secara beransur-ansur dengan inflasi-teras (core-cpi) mencapai paras 2.2% pada Mei. Data kali ini penting untuk dilihat sama ada ia meneruskan kenaikan atau pun sebaliknya.

#5 Imbangan Dagangan China (Jumaat)

Bacaan terbaru imbangan perdagangan (trade balance) negara China akan dikeluarkan pada Jumaat. Data ini pentung untuk pasaran melihat kesan isu perdagangan terhadap keadaan import-eksport negara China. Sebagai pedagang runcit (retail-trader), tumpuan adalah kesan data ini kepada nilai matawang AUD dan NZD.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat