Lima News Besar Tumpuan Pasaran Pada Minggu Ini (1-5 Oktober)

837

Federal Reserve menjadi perhatian pasaran dalam dagangan minggu lalu sekaligus menyokong kenaikan US dollar. Minggu ini adalah minggu pertama suku tahun keempat tahun 2018 di mana data NFP akan diumumkan pada Jumaat.

Minggu lalu, The Fed telah menaikkan kadar faedah seperti yang dijangka dengan ramalan satu lagi kenaikan kadar faedah pada tahun ini. Bank pusat juga telah menggugurkan perkataan ‘accomodative‘ di mana US dollar semasa penetapan dasar pada mulanya melemah kemudian bangkit dalam dua sesi dagangan terakhir minggu lalu.

Selain itu, antara yang menjadi tumpuan adalah perkembangan bajet kerajaan Itali yang memberi kesan ketidaktentuan (uncertainty) kepada pasaran Eropah. Walaubagaimanapun, semuanya berakhir dengan baik apabila kabinet kerajaan campuran Itali mencapai kata sepakat dalam isu tersebut.

Berikut adalah lima news besar yang akan menjadi tumpuan pasaran pada minggu ini:

#1 Penetapan Dasar Monetari RBA (Selasa)

Dasar monetari terbaru Reserve Bank of Australia (RBA) akan diumumkan pada hari Selasa pukul 12.30 tengah hari. RBA tidak pernah mengubah kadar faedah sepanjang dua tahun ini dan mesyuarat kali ini juga dijangka akan mengekalkan kadar tersebut di paras 1.50%. Ekonomi Australia dalam keadaan baik, tetapi berhadapan risiko China yang berada dalam perang dagang dengan Amerika. Perhatian pasaran lebih kepada kenyataan yang diberikan sama ada terdapat perubahan atau pun tidak.

#2 Indeks Sektor Perkhidmatan UK (Rabu)

Indeks PMI sektor perkhidmatan UK akan diumumkan pada Rabu pukul 4.30 petang. Data ini penting kerana, sektor perkhidmatan UK mewakili hampir 70% ekonomi mereka. Ogos lalu, bacaan meningkat ke paras 54.3 melebihi jangkaan pasaran. Ia akan menjadi lebih menarik jika bacaan kali ini juga merekodkan bacaan yang positif dengan sentimen Brexit yang tidak menentu.

#3 Ucapan Jerome Powell (Rabu & Khamis)

Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell akan berucap pada minggu ini selepas penetapan dasar monetari pada minggu lalu. Sudah tentu pasaran akan cuba mendapatkan isyarat lebih lanjut dalam ucapan yang akan disampaikan oleh beliau.

#4 Data Pekerjaan Amerika Syarikat, NFP (Jumaat)

Minggu pertama setiap bulan menjelang lagi dengan pengumuman data NFP yang ditunggu-tunggu oleh pasaran. Data ini akan diumumkan pada Jumaat pukul 8.30 malam. Seperti yang semua tahu, tumpuan adalah lebih kepada data pendapatan. Ogos yang lepas, Amerika catat tambahan 201,000 pekerjaan, dengan kadar gaji naik 0.4% melebihi jangkaan. Adakah kita akan melihat data yang memberangsangkan pada bulan September? Jangkaan kali ini adalah tambahan 187,000 pekerjaan dengan kadar gaji dijangka naik 0.3%.

#5 Perkembangan Perang Dagang AS-China (Sepanjang Minggu)

Seperti biasa, isu perdagangan AS-China masih menjadi pusat perhatian utama pasaran pada minggu ini. Perjanjian NAFTA yang dimeterai pada Isnin sedikit sebanyak memperbaiki sentimen perdagangan global dengan ketiga-tiga negara bersetuju dengan kemasikini terbaru perjanjian tersebut. Walaubagaimanapun, pertelingkahan dua kuasa ekonomi terbesar dunia ini masih lagi belum selesai di mana yang terbaru China membatalkan rundingan dagang dengan Amerika kerana mendakwa AS cuba mengugut mereka. China berkata mereka tidak boleh berunding dengan orang yang meletakkan pisau di leher mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat