Lima News Besar Tumpuan Pasaran Pada Minggu Ini (15-19 Oktober)

845

Minggu ini akan menjadi minggu yang paling penting pada suku ketiga kerana bermulanya laporan pendapatan suku ketiga di Wallsteet yang melibatkan bank terkemuka dunia termasuk Bank of America, Goldman Sachs, Netflix dan IBM.

Pasaran saham global juga akan memberi tumpuan kepada minit mesyuarat The Federal Reserve yang akan dikeluarkan pada Khamis. Pelabur akan cuba meneliti laporan tersebut dalam usaha mendapatkan isyarat lebih jelas tentang halatuju dasar monetari di Amerika Syarikat.

US dollar pada minggu lalu gagal meneruskan prestasi positif dengan ketidaktentuan pasaran yang berlaku khususnya kejatuhan terbesar Wallstreet pada Rabu.

Berikut adalah lima news besar tumpuan pasaran pada minggu ini.

#1 Data Jualan Runcit AS (Isnin)

Data ini akan dikeluarkan pada Isnin pukul 8.30 malam. Untuk pengetahuan anda, ekonomi Amerika Syarikat banyak bergantung kepada perbelanjaan dan menjadikan data ini penting untuk dilihat. Jumlah jualan pada Ogos tidak begitu memberangsangkan dengan jangkaan untuk data kali ini adalah peningkatan 0.7%.

#2 Data Pekerjaan UK (Selasa)

Data ini akan dikeluarkan pada Selasa pukul 4.30 petang. Britain merekodkan kadar pengangguran 4% pada bulan Julai dan ia dijangka kekal pada Selasa. Walaubagaimanapun, pertumbuhan gaji dijangka kekal pada kadar 2.6%. Satu lagi data penting yang akan dikeluarkan oleh Britain adalah data inflasi (CPI) pada Rabu. Kedua-dua data ini akan menjadi perkara penting yang akan menjadi perhatian pasaran selain daripada Brexit pada minggu ini.

#3 Minit Mesyuarat FOMC (Khamis)

Minit mesyuarat Federal Reserve akan dikeluarkan pada Khamis pukul 2 pagi. The Fed telah menaikkan kadar faedahnya pada September dan menunjukkan isyarat kenaikan empat kali menjelang penghujung tahun 2019. Dalam masa yang sama, The Fed telah menggugurkan perkataan ‘accomodation‘ dalam kenyataan dasarnya. Minit mesyuarat ini dijangka akan memberikan maklumat yang lebih jelas tentang halatuju dasar bank pusat Amerika Syarikat ini.

#4 Perhimpunan Kesatuan Eropah (Khamis)

Perhimpunan Kesatuan Eropah ini akan berlangsung sepanjang hari Khamis. Pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah yang termasuk UK akan berada dalam perhimpunan yang akan membincangkan soal perjanjian Brexit. Sudah tentu tumpuan pasaran adalah kepada isu sempadan Ireland yang menjadi penghalang kepada perjanjian selama ini.

#5 Data Pertumbuhan Ekonomi China (Jumaat)

Data ini akan dikeluarkan pada hari Jumaat pukul 10 pagi. Ekonomi kedua terbesar dunia ini akan mengeluarkan data pertumbuhan yang dijangka perlahan kepada 6.6% daripada 6.7% yang dicatat sebelum ini. Jika data yang dikeluarkan lebih rendah daripada jangkaan, pasaran dijangka semakin bimbang dengan kesan yang dibawa oleh tariff perdagangan hasil daripada perang dagang antarabangsa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat