Lima News Besar Tumpuan Pasaran Pada Minggu Ini (19-23 Feb)

1,034

Pasaran kewangan global akan berfokus kepada minit mesyuarat Federal Reserve pada minggu ini dengan pasaran akan cuba mendapatkan lebih banyak isyarat tentang pengetatan polisi bank pusat Amerika Syarikat itu tahun ini.

#1 Minit Mesyuarat FOMC (Khamis)

The Federal Reserve akan mengeluarkan minit mesyuaratnya pada Khamis pukul 3 pagi. Dalam mesyuarat sebelum ini, The Fed mengekalkan kadar faedahnya dengan menyatakan inflasi akan meningkat pada tahun ini. Ini menunjukkan kos pinjaman berkemungkinan akan terus meningkat di bawah pengerusi baru Jerome Powell.

#2 Ucapan ahli-ahli The Fed (Sepanjang minggu)

Pasaran juga akan memberi tumpuan kepada komen daripada ahli-ahli The Fed khususnya tentang kenaikan inflasi baru-baru ini. Individu yang akan menjadi tumpuan adalah William Dudley dan Loretta Mester yang dikenali sebagai seorang yang hawkish.

#3 Data PMI Zon-Eropah (Rabu)

Zon Eropah akan mengeluarkan beberapa data PMI pada Rabu yang bermula pada pukul 4 hingga 5 petang. Data PMI ini penting kerana ia menggambarkan pertumbuhan ekonomi semasa Zon Eropah. Seringkali, peningkatan dalam data ini menyokong kepada kenaikan matawang Euro.

#4 Minit Mesyuarat ECB (Khamis)

ECB juga akan mengeluarkan minit mesyuaratnya pada Khamis pukul 8.30 malam yang mana akan menjadi tumpuan untuk pasaran mendapatkan isyarat yang lebih lanjut tentang program pembelian bon bank pusat. European Central Bank (ECB) telah mengurangkan amaun pembelian bon daripada 60 billion kepada 30 billion bermula pada Januari sehingga September 2018. Namun, potensi untuk kenaikan kadar faedah ECB masih terlalu rendah.

#5 Data Inflasi Kanada (Jumaat)

Kanada akan mengeluarkan data ini pada Jumaat pukul 9.30 malam. Bank of Canada (BoC) telah menaikkan kadar faedahnya pada Januari tetapi sedikit ragu untuk terus mengetatkan polisi di masa akan datang. Jika inflasi meningkat Jumaat ini, ia dijangka akan terus menekan bank pusat untuk menaikkan kadar faedah di masa akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat