LIMA News Besar Tumpuan Pasaran Pada Minggu Ini (26-30 Mac)

1,015

Pelabur kini akan terus melihat perkembangan yang lebih lanjut tentang perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China. Pelabur juga akan menantikan bacaan akhir pertumbuhan ekonomi suku keempat A.S. pada minggu ini.

Sementara itu, pasaran akan berhati-hati dengan data pertumbuhan ekonomi Britain yang akan datang untuk petunjuk lanjut tentang kestabilan ekonomi dan berkemungkinan Bank of England (BoE) akan menaikkan kadar faedah tahun ini.

Sementara itu pasaran juga menantikan data inflasi bulanan dari Jerman untuk menilai seberapa cepat ECB akan menamatkan program pembelian bonnya.

Pasaran juga akan melihat dengan teliti data pertumbuhan ekonomi (GDP) Kanada untuk mengukur kestabilan ekonomi negara tersebut. Berikut adalah LIMA news besar tumpuan pasaran pada minggu ini.

#1 Laporan KDNK (GDP) Suku Keempat A.S. (Rabu)

A.S. akan mengeluarkan data pertumbuhan ekonomi suku keempat pada 8:30 malam pada hari rabu. Data ini dijangka menunjukkan bahawa ekonomi berkembang pada kadar tahunan 2.7%, disemak semula kepada kenaikan daripada anggaran asal sebanyak 2.5%. Pertumbuhan ekonomi berkembang sebanyak 3.2% pada suku ketiga.

#2 Ucapan ahli-ahli The Fed (Sepanjang minggu)

Beberapa ucapan ahli-ahli The Fed akan mendapat perhatian pasaran minggu ini untuk pedagang mendapatkan lebih banyak petunjuk mengenai pengetatan poliis monetari pada tahun ini. Pada hari Isnin, William Dudley akan mengambil bahagian dalam perbincangan panel mengenai pembaharuan pengawalseliaan di Dewan Perniagaan Amerika Syarikat, di Washington.

Presiden Fed cawangan Cleveland, Loretta Mester dan Gabenor Fed Randal Quarles juga bersedia untuk menyampaikan ucapan pada hari Isnin. Pada hari Selasa Raphael Bostic akan menyampaikan komen di Mesyuarat Tahunan Forum Global Hope, di Atlanta. Pada hari Khamis pula Patrick Harker akan bercakap mengenai ekonomi sebelum jamuan makan malam Persatuan Ekonomi Perniagaan New York.

The Fed menaikkan kadar faedah seperti yang dijangkakan minggu lalu, tetapi terikat pada ramalannya untuk dua lagi kenaikan tahun ini. Sesetengah pelabur menjangkakan The Fed akan membuat tiga kenaikan kadar faedah tahun ini.

#3 Laporan KDNK (GDP) Suku Keempat UK (Khamis)

Britain akan mengeluarkan anggaran terakhir untuk pertumbuhan ekonomi suku keempat UK pada hari Khamis pukul 4.30 petang. Jangkaan untuk data kali ini adalah kenaikan 0.4% (QoQ) tidak berubah daripada bacaan sebelum ini. Ekonomi dijangkakan berkembang sebanyak 1.4% dari segi tahunan (YoY), juga tidak berubah daripada anggaran awal. Bank of England (BOE) mengekalkan kadar faedah pada minggu lalu, tetapi dua daripada pembuat dasar polisi tanpa disangka mengundi untuk kenaikan kadar faedah. Pelabur juga akan berhati-hati terutamanya dengan rundingan Brexit.

#4 Data Inflasi Jerman (Khamis)

Jerman akan mengeluarkan kadar inflasi awal untuk bulan Mac pada hari Khamis pukul 8 malam. Laporan itu dijangka meningkat 1.7% meningkat daripada bacaan 1.4% pada Februari. Tetapi tekanan inflasi kekal lemah sekaligus boleh membuatkan ECB berjaga-jaga dalam menghapuskan program pembelian bon mereka.

#5 Kadar Pertumbuhan Kanada (Jumaat)

Kanada akan mengeluarkan data kadar pertumbuhan ekonomi bulanan (MoM) pada hari Khamis jam 8.30 malam. Data dijangka menunjukkan bahawa ekonomi berkembang 0.1% pada bulan Januari, selepas berkembang pada kadar yang sama sebulan lebih awal. Pada kadar tahunan, ekonomi Kanada dijangka meningkat 2.9%, perlahan dari 3.3% pada bulan sebelumnya. Data inflasi domestik yang lebih baik daripada jangkaan pada minggu lalu menimbulkan peluang kenaikan kadar faedah Bank of Canada (BOC) dalam beberapa bulan akan datang.

>>>NAK BELAJAR ANALISIS FUNDAMENTAL? KLIK SINI<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat