Lima News Besar Tumpuan Pasaran Pada Minggu Ini (7 -11 Mei)

583

Matawang Yen adalah matawang kedua terkuat pada minggu lalu di belakang US dollar. Yen menguat berbanding matawang-matawang utama yang lain kecuali US dollar.

Seperti biasa pergerakan matawang Yen dipengaruhi oleh hasil-bon Amerika dan juga sentimen semasa pasaran. Sebagai contoh, pada Isnin lalu matawang Yen jatuh disebabkan keadaan sentimen yang semakin baik. Ia sekaligus menyebabkan permintaan Yen berkurangan walaupun pada ketika itu hasil-bon Amerika Syarikat membuat penurunan.

Kenaikan hasil-bon AS biasanya akan menyebabkan matawang Yen melemah kerana peralihan pelabur-pelabur di Jepun kepada US dollar untuk melabur dalam pasaran bon Amerika Syarikat. Begitu juga sebaliknya jika hasil-bon AS merosot, Yen biasanya menguat.

Sentimen berisiko dalam pasaran juga adalah penyebab kepada pergerakan naik-turun matawang Yen pada Selasa. Seperti yang telah dijelaskan pada Selasa lalu, kebimbangan terhadap perang perdagangan tercetus pada sesi Amerika sekaligus menyebabkan Yen menguat ketika itu.

Selepas itu, Yen mula mengikuti pergerakan hasil-bon semula pada Rabu di mana Hasil-Bon 10-tahun AS (US10-year treasury yields) membuat penurunan pada Rabu dan Khamis. Ia sekaligus telah menyokong kenaikan matawang Yen.

Berikut adalah lima berita penting yang akan dikeluarkan pada minggu ini.

#1 Data Inflasi Amerika Syarikat (Khamis)

Data ini akan dikeluarkan pada Khamis pukul 8.30 malam dan dijangka merekodkan kenaikan 0.3% berbanding bacaan sebelum ini yang merosot 0.1%. Jika bacaan sebenar pada Khamis nanti kurang daripada jangkaan, ia akan menyebabkan jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah semakin berkurangan sekaligus menyebabkan US dollar tertekan.

#2 Penetapan Polisi Bank of England, BoE (Khamis)

Polisi akan diumumkan pada Khamis pukul 7 malam. Bank of England akan mengeluarkan laporan inflasi suku-tahunan dan dijangka akan mengekalkan kadar faedahnya. Sebelum ini, bank pusat dijangka menaikkan kadar faedah, tetapi potensi kenaikan itu semakin berkurangan selepas laporan data ekonomi yang kurang memberangsangkan sejak akhir-akhir ini. Pasaran akan meneliti sidang media Gabenor Carney selepas itu.

#3 Data Imbangan Dagangan China (Selasa)

China akan mengeluarkan data ini pada Selasa di mana ia dijangka akan merekodkan lebihan $27.5 billion. Tumpuan kali ini adalah kepada imbangan dagangan China terhadap Amerika Syarikat dengan rundingan antara kedua-dua telah berakhir pada Jumaat lalu.

#4 Penetapan Polisi Reserve Bank of New Zealand (Khamis)

Bank pusat New Zealand akan mengumumkan polisi terbarunya pada Khamis pukul 5 pagi. Bank pusat dijangka mengekalkan kadar faedah di paras 1.75%. Namun, tumpuan kali ini adalah kepada Gabenor baru Adrian Orr. Pasaran akan cuba meneliti pendirian beliau terhadap ekonomi khususnya inflasi dan halatuju pengetatan polisi di masa akan datang.

#5 Data Pekerjaan Kanada (Jumaat)

Kanada akan mengeluarkan data pekerjaan untuk bulan April pada Jumaat pukul 8.30 malam. Sebelum Kanada menambah begitu banyak pekerjaan pada Mac dengan 32,300 pekerjaan. Jangkaan kali ini pula adalah 19,500 pekerjaan ditambah ke dalam ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat