LIMA News & Event Besar Tumpuan Pasaran Minggu Ini (18 – 22 Dis)

34

Selepas dua minggu yang sibuk dalam pasaran forex dengan berita dan data ekonomi yang banyak mempengaruhi pasaran, minggu ini dijangka lebih perlahan menjelang perayaan krismas minggu depan.

Tumpuan minggu ini adalah kepada beberapa data ekonomi dan penetapan polisi bank pusat Jepun.

Data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat akan jadi tumpuan utama, di samping beberapa data pertumbuhan negara lain. Data inflasi juga akan menjadi fokus terutama kepada Amerika Syarikat dan Kanada.

Berikut adalah berita dan data penting yang akan dikeluarkan minggu ini.

1. Data Pertumbuhan Ekonomi, GDP Amerika Syarikat (Khamis)

Data ini akan dikeluarkan pada Khamis pukul 9.30 malam. Jangkaan bagi bacaan kali ini adalah 3.3% tidak berubah daripada bacaan sebelum ini. Data inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi (personal consumption expenditure, pce) yang menjadi petunjuk inflasi keutamaan The Fed juga akanjadi perhatian pada Jumaat.

Terdapat juga beberapa data impak tinggi lain seperti ‘durable goods orders‘ yang akan dikeluarkan pada Jumaat.

The Fed menaikkan kadar faedahnya untuk kali ketiga tahun ini, namun gagal mengukuhkan US dolar disebabkan unjuran kenaikan kadar faedah 2018 dan 2019 yang masih dikekalkan.

2. Penetapan Polisi Monetari BoJ (Khamis)

Bank pusat Jepun dijangka tidak mengubah polisi monetari pada Khamis dengan Kuroda beberapa kali menegaskan komitmen bank pusat untuk memberi sokongan kepada ekonomi. BoJ dijangka akan mengekalkan unjuran inflasi yang disebabkan harga pengguna yang stagnan.

3. Data Pertumbuhan Ekonomi, GDP UK (Jumaat)

Pejabat Statistik Kebangsaan UK akan mengeluarkan data ini pada pukul 5.30 petang. Jangkaan pasaran adalah pertumbuhan 0.4% pada tempoh suku ketiga. Bank of England minggu lalu mengundi untuk menetapkan kadar faedah 0.50% dengan pembuat polisi masih bimbang dengan ketidaktentuan rundingan Brexit, kadar pertumbuhan gaji yang rendah dan produktiviti rendah.

Pasaran akan terus memberi perhatian kepada perkembangan dalam situasi politik sama ada terdapat komen daripada perunding UK-EU tentang rundingan fasa kedua.

4. Data Pertumbuhan Ekonomi, GDP Kanada (Jumaat)

Kanada akan mengeluarkan data pertumbuhan ekonominya pada Jumaat pukul 9.30 malam. Data dijangka mencatat bacaan 0.2% sama seperti bacaan sebelum itu pada September yang mencatat 0.2%.

Selain daripada data pertumbuhan ekonomi, ada satu lagi data penting akan dikeluarkan oleh Kanada pada Khamis iaitu data inflasi dan jualan runcit.

5. Indeks Keyakinan Perniagaan Jerman (Selasa)

Data ini akan dikeluarkan pada Selasa pukul 5 petang dengan pasaran menjangkakan bacaan meningkat kepada 117.6 daripada 117.5 sebelum ini. Indeks ini dikira berdasarkan tinjauan kepada 7,000 firma di Jerman yang termasuk sektor pembuatan, pembinaan, borong dan runcit. Zon-Eropah juga akan mengeluarkan data inflasi akhir pada Isnin pukul  6 petang yang dijangka kekal 1.50%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat