LIMA News & Event Besar Tumpuan Pasaran Minggu Ini (27 Nov – 01 Dis)

60

Kita telah menyaksikan kejatuhan US dolar untuk minggu ke-tiga berturut-turut pada minggu lepas yang membawa indeks US dolar setakat ini ke paras 92.7 dari paras tertinggi 95.00 yang dicapai pada awal November.

Minggu ini pasaran akan fokus kepada ucapan-ucapan oleh ahli The Fed khususnya Jerome Powell yang telah dinamakan sebagai pengganti Janet Yellen. Pasaran juga akan menumpukan kepada komen mereka tentang polisi monetari.

Data inflasi iaitu laporan tentang perndapatan peribadi dan perbelanjaan juga akan menjadi perhatian sama ada terdapat perubahan atau sebaliknya dalam tren inflasi Amerika Syarikat.

Data-data China dan mesyuarat pengeluar minyak OPEC juga akan menjadi pusat perhatian pasaran minggu ini.

1) Ucapan Ahli The Fed

Pengerusi The Fed Janet Yellen dan pengganti beliau Jerome Powell akan berucap minggu ini. Powell dipilih sebagai pengganti Yellen tahun depan di mana beliau akan berhadapan dengan Majlis Perbankan Senat U.S. pada Selasa. Janet Yellen pula akan memberi keterangan di Kongres pada Rabu di hadapan Majlis Ekonomi.

Selain itu, beberapa ahli The Fed lagi akan berucap minggu ini iaitu Dudley, Kashkari, Quarles, Kaplan dan Harker.

2) Data inflasi PCE U.S.

Ini adalah data yang dikatakan sebagai data inflasi keutamaan The Fed. Pada Khamis Jabatan Perdagangan akan mengeluarkan data pendapatan peribadi dan juga perbelanjaan pengguna yang termasuk data ‘perbelanjaan penggunaan peribadi’ (Personal consumption expenditure, PCE).

Jangkaan bagi data core-PCE ialah kenaikan 0.2% (MoM, bulanan), manakala dari segi tahunan (YoY) data dijangka naik 1.4%.

3) Data inflasi Zon-Eropah

Zon-Eropah akan mengeluarkan data inflasi (CPI flash estimate) untuk bulan November pada Khamis yang dijangka meningkat kepada 1.6% dari 1.4% sebelum ini. Data yang lebih signifikan iaitu (Core-CPI flash estimate) pula dijangka naik 1.0% dari 0.9 sebelum ini. Negara Jerman, Perancis dan Itali akan mengeluarkan data-data tersebut sebelum Khamis.

4) Data sektor pembuatan China

Data ini akan dikeluarkan pada Khamis pukul 9.00 pagi di mana ia dijangka akan susut kepada 51.5% dari 51.6% yang dicatat sebelum ini. Data Caixin manufacturing index yang fokus kepada syarikat kecil dan sederhana pula akan dikeluarkan pada Jumaat.

Data ini penting kepada Aussie dolar, kerana Australia banyak mengeskport komoditi untuk aktiviti pembuatan di China.

5) Mesyuarat OPEC

Menteri minyak OPEC dan beberapa pengeluar minyak terbesar akan bermesyuarat di Vienna pada Khamis bagi memutuskan tentang perlanjutan pemotongan bekalan minyak selepas perjanjian semasa tamat pada Mac 2018.

Majoriti penganalisis pasaran menjangka pemotongan akan dilanjutkan lagi sembilan bulan sehingga hujung tahun 2018, tetapi terma-terma perjanjian tersebut masih belum jelas.

OPEC dan 11 negara bukan-OPEC pada November tahun lalu bersetuju untuk memotong 1.8 juta tong pengeluaran sehari dalam tempoh Januari hingga Jun. Perjanjian ini telah dilanjutkan pada Mei sehingga Mac 2018 bagi mengimbangai permintaan dan penawaran minyak mentah dunia. Ini adalah kunci utama kenaikan harga minyak mentah sejak tahun lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat