Lima News & Event Tumpuan Trader Forex Minggu Ini (12-16 Mac)

0 941

Trader-trader dalam pasaran forex dijangka akan fokus kepada data inflasi (CPI) Amerika Syarikat pada minggu ini. Selepas data pekerjaan A.S. yang dikeluarkan Jumaat lalu, ini adalah data seterusnya yang akan diteliti oleh Federal Reserve (Bank pusat A.S.) dalam mereka mengukur pengetatan kadar faedah di masa akan datang.

Minggu ini hanya satu bank pusat yang akan bermesyuarat iaitu Swiss National Bank (SNB). Ia biasanya tidak banyak memberi kesan kepada pasaran forex khususnya Swiss Franc (CHF) sendiri.

Selain daripada itu, diingatkan supaya trader-trader juga terus mengikuti perkembangan sentimen tariff import keluli A.S., Brexit dan Korea Utara.

Berikut adalah 5 berita dan event penting minggu ini:

#1 Data inflasi, CPI A.S. (Selasa)

Data ini akan dikeluarkan pada Selasa pukul 8.30 malam. Jangkaan pasaran untuk data kali ini adalah kenaikan 0.2% berbanding 0.5% yang dicatat sebelum ini. Kenaikan inflasi melebihi jangkaan 0.2% akan menguatkan US dollar, kerana ia akan menjadi pemangkin untuk Federal Reserve meneruskan kenaikan kadar faedah lebih pantas daripada yang dijangka. Spekulasi kenaikan yang lebih pantas sebenarnya akan menyokong kenaikan US dollar.

#2 Pengeluaran industri China (Rabu)

China akan mengeluarkan data ini pada Rabu pukul 10 pagi. Pasaran menjangka data ini meningkat 6.3% lebih daripada 6.2% yang dicatat sebelum ini. Data yang positif khususnya melebihi jangkaan dijangka akan memberi kesan positif kepada Aussie. Data perdagangan positif dari China memberi kesan positif kepada Australia kerana China adalah rakan dagang terbesar Australia.

 

#3 Data jualan runcit A.S. (Rabu)

Data ini akan dikeluarkan pada Rabu pukul 8.30 malam. Pasaran menjangka jualan runcit Amerika Syarikat merekodkan kenaikan 0.3% bulan lalu. Kenaikan jualan runcit dilihat memberi kesan positif kepada pengukuhan pertumbuhan ekonomi dan sebaliknya jika data jualan runcit merosot. Perbelanjaan pengguna di A.S. mewakili 70% daripada pertumbuhan ekonomi negara ekonomi terbesar dunia itu.

 

#4 Penetapan polisi monetari Switzerland, SNB (Khamis)

Swiss National Bank (SNB) akan mengumumkan polisinya pada Khamis pukul 4.30 petang. SNB dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah negatifnya -0.75%. Pengerusi SNB Thomas Jordan juga dijangka akan mengulangi pendapat tentang nilai CHF yang tinggi. Ramai penganalisis melihat SNB hanya akan menaikkan kadar faedahnya apabila ECB telah mula menaikkan kadar faedah.

#5 Data inflasi Zon Eropah (Jumaat)

Data ini akan dikeluarkan pada Jumaat pukul 6 petang di mana bacaan dijangka hanya membuat kenaikan 1.2%. Manakala data inflasi teras (core-CPI) dijangka kekal 1.0%. ECB pada minggu lalu mengurangkan kenyataan berbaur dovish dalam kenyataan awal polisi tetapi masih gagal mengukuhkan Euro apabila Mario Draghi dilihat lebih dovish dalam sidang media minggu lalu. Apa yang menambah kejatuhan Euro adalah unjuran inflasi 2019 diturunkan berbanding unjuran pada Disember tahun lalu.

Kuasai Analisis Fundamental/Sentimen Dengan Buku Ini

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa