Lima News Impak Tinggi Kepada Pasaran FOREX Minggu Ini (07 Ogos – 11 Ogos)

123

Selepas lonjakan US dolar pada Jumaat dengan data pekerjaan NFP yang memberangsangkan, kini timbul persoalan sama ada ini adalah permulaan kenaikan berterusan (rally) US dolar atau ia hanya membuat pembetulan harga (correction).

Pasaran kewangan global pada minggu ini akan berfokus kepada data-data ekonomi US khususnya data inflasi pada Jumaat bagi mendapatkan isyarat lebih jelas kenaikan kadar faedah The Fed.

Para pelabur juga akan meneliti komen oleh ahli-ahli The Fed tentang pendirian mereka terhadap perancangan bank pusat dalam pengetatan polisi.

Minggu ini, kami di moshed.com kongsikan senarai LIMA news besar yang akan memberi impak kepada pasaran kewangan khususnya pasaran tukaran matawang (Foreign Exchange Market).

1. Data Inflasi Amerika Syarikat (Jumaat)

Data ini akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam di mana jangkaan kenaikan 0.2% kepada harga pengguna (CPI) dan harga pengguna teras (core-CPI). Dari segi tahunan core-CPI dijangka naik 1.7%.

Kenaikan inflasi kali ini akan menjadi pemangkin (catalyst) bagi menolak potensi kenaikan kadar faedah lebih tinggi lebih-lebih lagi data NFP pada Jumaat begitu positif.

2. Ucapan ahli-ahli The Fed (Sepanjang Minggu)

Presiden Fed cawangan St. Louis James Bullard (non-voter) akan berucap minggu ini, namun seperti yang kita tahu beliau  adalah seorang yang dovish sama seperti Kashkari (voter). Kashkari akan berucap pada awal Selasa pukul 1.25 pagi.

Pada Khamis pula, Presiden Fed cawangan New York William Dudley akan bercakap tentang ‘wage inequality’ di kawasan pentadbiran beliau. Pasaran akan meneliti jika beliau ada membuat sebarang komen tentang polisi monetari.

Pada Jumaat, sekali lagi Kashkari akan berucap dan begitu juga dengan Presiden Fed Dallas Robert Kaplan.

3. Data perdagangan China (Selasa)

China akan mengeluarkan data imbangan perdagangan pada pukul 3 petang pada Selasa dan dijangka lebihan dagangan (trade surplus) berjumlah $46.08 billion berbanding yang dicatat pada bulan sebelum iaitu $42.77 billion.

Data perdagangan China penting kerana seperti yang kita tahu negara ini adalah ekonomi kedua terbesar dunia dan terkenal dengan jolokan sebagai ‘enjin pertumbuhan ekonomi dunia’.

4. Data pengeluaran sektor pembuatan UK (Khamis)

Data ini akan memperlihatkan prestasi semasa ekonomi UK khususnya dalam sektor pembuatan. Peningkatan pengeluaran menunjukkan tempahan atau permintaan yang kekal kukuh terhadap barangan dari UK.

Pasaran menjangka tiada perubahan kepada pengeluaran kali ini dan sebarang bacaan lebih daripada jangkaan ini sudah pasti menyokong matawang GBP.

5. Penetapan polisi monetari New Zealand (Khamis)

RBNZ (Reserve Bank New Zealand) dijangka mengekalkan kadarnya di paras 1.75% selepas RBA minggu lalu juga mengekalkan polisinya. New Zealand cenderung untuk mengikuti pergerakan di Australia kerana faktor serantau. New Zealand adalah sebuah ekonomi yang banyak bergantung kepada eksport ke Australia.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat