Lima News Impak Tinggi Kepada Pasaran FOREX Minggu Ini (28 Ogos – 01 Sept)

91

Satu lagi minggu yang penting dalam kalendar ekonomi global dengan jangkaan kurangnya kecairan pasaran akan menyebabkan jumlah dagangan yang rendah untuk minggu ini berikutan faktor musim. Perubahan posisi dagangan yang signifikan juga dijangka akan belaku minggu ini dengan laporan data pekerjaan US (NFP) yang akan dikeluarkan pada Jumaat.

Perkembangan politik US juga akan menjadi perhatian minggu ini di mana perdebatan Kongres akan berlangsung semula. Kongres dijangka akan berfokus kepada perubahan percukaian dengan cubaan untuk menaikkan had hutang negara US bagi mengelakkan ‘Government Shutdown’.

Selain itu, komen-komen dari ahli bank pusat akan terus diberi perhatian terutamanya dari Federal Reserve dan bank pusat Eropah.

1. Laporan data pekerjaan NFP US (Jumaat)

Data pekerjaan terbaru US seperti biasa akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam Jumaat di mana data ini dilihat penting bagi melihat pergerakan pasaran dalam jangka pendek terhadap jangkaan kenaikan kadar faedah The Fed.

Pasaran kali ini menjangka penyusutan ‘Averaged hourly earnings’  dari 0.3% kepada 0.2%, di mana jika data sebenar pada Jumaat ini lebih daripada 0.2%, sudah tentu akan melonjakkan US dolar. Selain itu, dua data lagi yang kurang diberi perhatian adalah tambahan pekerjaan yang dijangka merekod 180,000 pekerjaan dan kadar pengangguran kekal di paras 4.3%.

2. Data inflasi pilihan The Fed, Core-PCE (Khamis)

Data ini akan dikeluarkan pada Khamis 8.30 malam. Seperti yang kita tahu trend inflasi US yang menurun menyebabkan potensi terhadap kenaikan kadar faedah Disember semakin rendah. Oleh itu, sebarang isyarat kenaikan signifikan Core-PCE ini dijangka akan memulihkan sedikit potensi kenaikan kadar faedah sebelum pasaran berfokus kepada data NFP pada Jumaat.

3. Indeks PMI sektor pembuatan UK (Jumaat)

Data terbaru yang menunjukkan aktiviti sektor pembuatan UK ini akan dikeluarkan pada pukul 4.30 petang Jumaat. Keyakinan di UK semakin menurun sejak beberapa minggu lalu apabila data pertumbuhan semakin perlahan yang disebabkan oleh perbelanjaan pengguna yang merosot.

Kurangnya perbelanjaan juga akan mengurangkan permintaan domestik yang turut menjadikan aktiviti pengeluaran dalam sektor pembuatan juga semakin merosot. Oleh itu, pasaran akan memberi tumpuan sama ada kemerosotan perbelanjaan memberi kesan kepada aktiviti ekonomi di dalam sektor pembuatan UK.

4. Pertumbuhan ekonomi Kanada (Khamis)

Data terbaru akan dikeluarkan pada Khamis pukul 8.30 malam, di mana ia akan diberi perhatian sama ada merekod kenaikan yang lebih tinggi daripada jangkaan 0.1%. Lonjakan 0.6% yang dicatat sebelum ini banyak disumbangkan oleh pengembangan dalam sektor minyak/gas dan sektor ini akan memberi impak signifikan kepada data bulan Jun.

5. Data inflasi, cpi Zon-Eropah (Khamis)

Data terbaru ini akan dikeluarkan pada pukul 5 petang Khamis. Ia penting bagi European Central Bank (ECB) untuk membuat keputusan dalam program pembelian bon mereka dalam mesyuarat terdekat.  Bacaan yang lebih tinggi sudah tentu meningkatkan tekanan kepada ECB untuk mengurangkan rangsangan (tapering) dan sebaliknya pula jika bacaan kurang daripada jangkaan, ECB dijangka mengekalkan rangsangan monetari dalam tempoh yang lebih lama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat