Lima News Impak Tinggi Kepada Pasaran Minggu Ini (04 Sept–08 Sept)

64

Pasaran kewangan global minggu ini sudah tentu akan tertumpu kepada penetapan polisi monetari beberapa bank pusat utama dunia khususnya European Central Bank (ECB). Penetapan polisi monetari ECB sangat penting untuk diberi perhatian bagi mendapatkan isyarat terkini tentang bilakah bank pusat akan mengurangkan rangsangan monetari.

Selain daripada ECB, bank pusat yang akan bermesyuarat minggu ini ialah Bank of Canada (BoC) dan Reserve Bank of Australia (RBA)

Selain itu, ada beberapa data penting US juga akan dikeluarkan di samping ucapan-ucapan dari ahli-ahli The Fed sepanjang minggu ini.

Data-data daripada UK adalah penting untuk dilihat minggu ini untuk melihat kesan terkini Brexit terhadap aktiviti ekonomi khususnya pengeluaran. Dengan tamatnya rundingan pusingan ketiga UK-EU, pasaran minggu ini kembali fokus kepada data-data ekonomi.

1. Penetapan polisi monetari ECB (Khamis)

European Central Bank (ECB) akan mengumumkan polisi semasa monetari pada Khamis pukul 7.45 malam dengan pasaran menjangka tiada perubahan besar kepada polisi. Fokus adalah kepada kenyataan polisi monetari sama ada bank pusat mengurangkan kenyataan yang ‘dovish’.

Paling penting adalah sidang media yang akan berlangsung pada pukul 8.30 malam di mana Draghi akan memberi kenyataan yang lebih terperinci tentang polisi semasa dan perancangan bank pusat di masa akan datang. Sudah tentu, perhatian pasaran adalah kepada persoalan bilakah ECB akan mula mengurangkan rangsangan monetarinya (tapering) di mana data-data semakin baik dan juga inflasi baru-baru ini meningkat kepada 1.5% dari 1.3%.

2. Data ISM PMI Sektor Perkhidmatan US (Rabu)

Data ini akan dikeluarkan pada Rabu pukul 10 malam yang menunjukkan aktiviti terkini dalam sektor perkidmatan US di mana jangkaan pasaran adalah bacaan meningkat kepada 55.5 dari 53.9 sebelum ini. Sektor perkhidmatan US adalah yang terpenting dalam ekonomi US di mana hampir 80% pekerjaan adalah daripada sektor ini.

3. Data-data Indeks PMI United Kingdom 

UK akan mengeluarkan data PMI sektor pembinaan pada Isnin pukul 4.30 petang dan diikuti oleh sektor perkhidmatan pada Selasa.

Pasaran menjangka indeks PMI bagi sektor pembinaan meningkat kepada 52.1 daripada 51.9 sebelum ini di mana sektor penting UK iaitu sektor perkhidmatan dijangka merosot sedikit kepada 53.6 dari 53.8.

UK juga akan mengeluarkan data penting pengeluaran sektor pembuatan pada Jumaat pukul 4.30 petang.

4. Data perdagangan China (Jumaat)

China akan mengeluarkan data imbangan perdagangan (trade balance) pada Jumaat yang dijangka merekod lebihan dagangan (trade surplus) yang semakin tinggi.

Eksport diramalkan meningkat 5.1% (y/y) pada Ogos berbanding tahun sebelum, di mana ia lebih rendah daripada yang direkod pada Julai yang mencatat kenaikan 7.2%. Import pula diramal naik 10% berbanding 11% sebelum itu.

Ekonomi China meningkat lebih pantas daripada jangkaan 6.9% pada suku kedua yang sejajar dengan pertumbuhan suku pertama.

5. Penetapan polisi monetari Bank of Canada (Rabu)

Bank pusat Kanada akan bermesyuarat pada Rabu dan akan mengumumkan kadar faedah semasa pada pukul 10 malam. Majoriti pasaran masih menjangka kadar akan kekal 0.75% walaupun BoC mengunjurkan akan menaikkan sekali kadar mereka tahun ini.

Bank of Canada telah menaikkan kadar faedah buat pertama kali sejak tujuh tahun lalu dalam mesyuarat sebelum ini pada Julai. Majoriti penganalisis ekonomi menjangka bank pusat akan menaikkan kadar faedah sekali lagi pada Oktober ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat