Lima Perkara Anda Perlu Tahu, 18 Panggilan Telefon Oleh Trump Dengan Rusia

86

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1) Lebih banyak drama berkaitan Trump dengan krisis White House semakin membimbangkan. Laporan terbaru menyatakan Michael Flynn dan penasihat Trump yang lain berhubung dengan pihak Rusia dalam 18 panggilan telefon dan emel sejak tujuh bulan terakhir kempen pilihanraya 2016.

Ketegangan semakin memuncak yang menunjukkan terdapat bukti hubungan antara Trump dan Rusia di mana beliau cuba mengganggu penyiasatan terhadap Flynn sebelum ini.

2) US dolar berhadapan dengan detik sukar untuk memulih sejak sesi Rabu. Kini US dolar menghampiri paras terendah enam minggu lalu berbanding enam matawang utama yang lain pada Khamis berikutan risiko politik semasa di US.

3) Pasaran ekuiti global terus mengalami kejatuhan pada Khamis berikutan kebimbangan terhadap isu Trump dan Rusia. Majoriti indeks pasaran saham Asia ditutup lebih rendah dengan Nikkei 225 susut 1.3%, Shanghai Komposit susut 0.5%.

Di Eropah indeks di Jerman DAX jatuh 1% dan di London FTSE 100 susut 1.5%. Kini pasaran hadapan menunjukkan potensi kenaikan kadar faedah The Fed pada Jun semakin merosot.

4) Pasaran minyak mentah global pula melantun selepas mencapai paras tertinggi semalam. Hal ini disebabkan kebimbangan pasaran terhadap kenaikan aktiviti pengeluaran minyak di US yang mengatasi usaha pemotongan bekalan oleh OPEC dan non-OPEC.

5) Matawang GBP kini didagang di atas 1.3000 buat kali pertama dalam masa lapan bulan. Pound menguat berbanding US dolar petang tadi dan naik 1.3045 selepas data jualan runcit merekod bacaan lebih baik dari jangkaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat