Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

65

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1.) Lima orang termasuk seorang pegawa polis terkorban dan 40 lagi cedera dalam serangan pengganas di London malam tadi. Penyerang yang dikatakan bersendirian menyerang pejalan kaki di Jambatan Westminster dalam kenderaan pacuan empat roda, sebelum membunuh seorang anggota polis dengan menggunakan pisau di sekitar parlimen UK. Penyerang tersebut ditembak mati oleh polis dalam kejadian itu.

2.) Regulator pasaran sekuriti Amerika Syarikat bertindak memperbaharui regulasi yang memerlukan pembayaran dagangan saham dan bon diselesaikan dalam masa tiga hari bekerja. Ia adalah satu langkah yang telah digesa oleh industri kewangan sejak beberapa tahun yang lalu.

3.) European Commission akan menggunakan kuasa veto bagi penggabungan Bursa Jerman (Deutsche Boerse) dan London Stock Exchange (LSE) menurut laporan Reuters. Penggabungan ini akan menjadikan ia sebagai Bursa terbesar di Eropah.

4.) Centrist Emmanuel Macron dijangka akan memenangi pilihanraya pusingan pertama Presiden Perancis bulan depan dalam tinjauan yang dibuat oleh Harris Interactive pada Khamis. Tinjauan tersebut menunjukkan Macron memenangi 26% undian pada 23 April, manakala Le Pen mendapat 25%.

5.) Pasaran saham Jepun ditutup lebih tinggi berbanding sesi Rabu dengan Nikkei 225 naik 0.23%, di mana kaunter seperti pembinaan dan sektor perkhidmatan mendahului keuntungan berbanding kaunter-kaunter lain. Mendahului keuntungan adalah saham Toshiba Corp. yang naik 6.75%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat