Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

220

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1. Kegagalan polisi kesihatan baru yang dibawa oleh Trump untuk menggantikan Obama-care pada Jumaat, memberi tekanan kepada pasaran. Indeks MSCI Asia Pasifik jatuh 0.3%, manakala Indeks Topix Jepun jatuh 1.3% berikutan US dolar melemah berbanding Yen. Di Eropah Stoxx 600 jatuh 0.7%.

2. Kegagalan rang undang-undang baru kesihatan dilihat oleh pasaran sebagai isyarat bahawa Donald Trump akan berhadapan dengan kesulitan lain seperti polisi cukai yang dijanjikan beliau. Presiden Trump menyalahkan partinya sendiri kerana kekalahan dalam undian menggantikan Obama-care. Speaker Dewan Paul Ryan memberi amaran bahawa kegagalan itu, akan menjadikan ‘reformasi cukai menjadi lebih sukar’.

3. Dalam mesyuarat di Kuwait hujung minggu lepas, pengeluar minyak mentah mengatakan akan mempertimbangkan perlanjutan pemotongan bekalan selepas pemotongan semasa berakhir pada Jun. Untuk rekod, perjanjian semasa telah dipatuhi sebanyak 94% menurut Menteri Minyak Issam Almarzooq.

4. Pada Rabu, Perdana Menteri Theresa May akan menulis secara rasmi kepada Presiden Kesatuan Eropah Donald Tusk untuk mencetuskan artikel 50 secara rasmi yang akan memulakan proses keluar rasmi Britain dari blok tersebut dalam masa dua tahun. Terdapat isyarat bahawa rundingan ini adalah paling rumit dengan Bank of England mengatakan Brexit adalah risiko utama kepada ekonomi UK petang tadi.

5. Pasaran akan terus memerhatikan nada ucapan dari ahli-ahli The Fed minggu ini selepas minggu lepas menunjukkan pendirian mereka yang bercampur-campur dan cenderung kepada kenaikan kadar yang perlahan tahun ini. Esok pengerusi Janet Yellen akan berucap dan akan menjadi perhatian utama pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat