Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

50

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1) Presiden The Fed cawangan Richmond, Jeffrey Lacker meletak jawatan semalam selepas menyatakan peranannya yang menyebabkan kebocoran maklumat polisi pada 2012. Lacker walaubagaimanapun bukan pengundi dalam penetapan polisi tahun ini. Lewat hari ini pukul 2 pagi minit mesyuarat FOMC akan dikeluarkan dan pasaran dijangka mendapat maklumat lebih lanjut tentang perbincangan mesyuarat bulan lalu.

2) Le Pen hilang sabar dalam debat calon Presiden Perancis malam semalam selepas calon-calon lain melabel beliau lembut berkaitan isu Euro. Hasil tinjauan menunjukkan calon Komunis Jean-Luc-Melenchon adalah pendebat terbaik bersama dengan Emanuel Macron di tempat kedua. Le Pen ketika ini semakin goyah sejak beberapa minggu ini selepas menjadi calon kegemaran untuk memenangi Pilihanraya Presiden Perancis.

3) Matawang Gbp melonjak sejurus data PMI sektor perkhidmatan dikeluarkan, dengan Gbp/Usd naik 60 pip dan kini didagang di sekitar 1.2481. Gbp/Jpy pula naik 80 pip dari 137.56 dan kini didagang di sekitar 138.25. Walaupun risiko Brexit masih memberi impak kepada pelaburan dalam ekonomi domestik, kelemahan Sterling banyak melonjakkan tempahan eksport dan permintaan pelanggan khususnya dari Amerika Syarikat.

4) Indeks pasaran ekuiti MSCI Asia Pacific Index naik 0.3 peratus, dengan indeks Topix Jepun sedikit berubah berikutan Yen naik kurang dari 0.1 peratus berbanding US dolar. Di Eropah, stoxx 600 berada 0.2 peratus lebih tinggi pukul 6 petang tadi.

5) Data import Amerika Syarikat dari China merekodkan bacaan terendah, antaranya disebabkan perayaan tahun baru cina. Dalam data sama, lapan negeri di AS merekod lebihan dagangan dengan China. China juga menjadi pembeli terbesar minyak mentah dari AS yang menggambarkan langkah awal China bagi memujuk AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat