Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

54

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York pukul sembilan malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

  • Greece tidak akan keluar dari Kesatuan Eropah, kata Menteri Kewangan Jerman Wolfgang Schauble. Pihak Jerman mengatakan, IMF (International Monentary Fund) akan terus menyertai usaha untuk memberikan bantuan kewangan (Bail-out) kepada Greece walaupun keraguan semakin memuncak terhadap isu ini.
  • Menteri luar Rusia  Sergei Lavrov menyatakan penamatan ‘world order‘ yang didominasi barat selama ini. Beliau menyatakan,” Saya berharap perkara ini (World Order) akan memilih ‘world order‘ yang demokratik di mana setiap negara ditakrifkan mengikut kedaulatannya.
  • China semakin hampir mengikuti jejak langkah Presiden Trump yang merancang untuk menghasilkan lebih banyak pekerjaan dalam sektor domestik. Menteri Perindustrian Miao Wei berkata, “Kami sedang meneliti polisi ini dan ia tidak akan memberi kesan kepada pembangunan industri pembuatan di China”.
  • Pasaran saham Asia kebanyakannya di dagang lebih tinggi hari ini dengan Nikkei 225 naik 0.09% berikutan kelemahan Yen. Di Eropah pula DAX naik 0.67% dengan FTSE100 naik 0.12%.
  • US dolar sedikit berubah berbanding enam matawang utama dunia yang lain pada Isnin dengan cuti umum hari ini di Amerika Syarikat. Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang ‘greenback‘ ketika ini didagang di sekitar 100.86 hampir tidak berubah hari ini.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat