Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

41

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1) Malam ini pasaran akan memberi perhatian kepada data pertumbuhan ekonomi (GDP) dari US pukul 8.30 malam ini. Petang tadi data pertumbuhan ekonomi UK juga telah dikeluarkan dengan bacaan kurang dari jangkaan.  Jangkaan pasaran melihat ekonomi US berkembang pada kadar tahunan sebanyak 1.1% pada suku pertama 2017 rendah berbanding yang direkod pada suku keempat 2016 iaitu 2.1%.

2) Trump memberi amaran ‘konfilik major’ dengan Korea Utara berkemungkinan berlaku jika proses diplomatik kedua-dua negara gagal. Presiden Trump yang mengatakan peranan sebagai Presiden begitu sukar berbanding yang beliau jangka sebelum ini.

3) Perdana Menteri Theresa May berkemungkinan berhadapan dengan rundingan sukar bersama Kesatuan Eropah berkaitan Brexit dengan ahli dari 27 negara akan berhimpun di Brussel esok. Satu isyarat positif adalah EU dijangka membenarkan rundingan perdagangan dari kedua-dua pihak sebelum membuat kata putus secara spesifik dalam isu utama iaitu yuran keluarnya UK dari EU.

4) Harga minyak meningkat pada hari Jumaat namun masih berada di landasan untuk mencatat kerugian buat minggu kedua berturut-turut kerana kebimbangan mengenai perjanjian pemotongan pengeluaran yang diterajui oleh OPEC gagal mengetatkan pasaran.

5) Data inflasi Zon-Eropah (CPI-inflation) melonjak ke paras 1.9% dari 1.5% sebelum ini dan jika dibandingkan dengan jangkaan pasaran hanya meramalkan kenaikan 1.8%. Data inflasi teras (core-inflation) pula naik mendadak dari 0.7% bulan lepas kepada 1.2% dan lebih tinggi dari jangkaan pasaran 1.0%. Ini merupakan bacaan tertinggi sejak 2013.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat