Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

42

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1) Emmanuel Macron diisytihar sebagai pemenang pilihanraya Presiden Perancis dalam undian pusingan kedua pada Ahad. Macron berjaya meraih undian selesa sebanyak 65.7% berbanding Le Pen yang hanya mendapat 34.7% sekaligus mengesahkan tinjauan yang dijalankan sebelum ini oleh Ifop, Ipsos dan BVA.

Pelabur di seluruh dunia khususnya di Eropah sudah tentu lega dengan kemenangan Macron yang memberi isyarat kestabilan pasaran di seluruh Eropah.

2) Imbangan perdagangan China rekod lebihan perdagangan (trade surplus) lebih banyak berbanding jangkaan pada April. Eksport China sejak akhir-akhir ini semakin meningkat selepas gagal mencapai pertumbuhan ekonomi 7.7% pada 2016. Perdagangan di China semakin baik walaupun berhadapan dengan kritikan Presiden US.

3) Eur/Usd didagang merosot sebanyak 0.32 peratus manakala USD/JPY didagang meningkat sebanyak 0.04 peratus. US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding matawang utama yang lain meningkat sebanyak 0.26 peratus selepas kali terakhir didagang menurun sebanyak 0.19 peratus kepada 98.68.

4) Harga minyak mentah dunia bergerak ke bawah pada Isnin berikutan kebimbangan yang berterusan terhadap keluaran bekalan dari US yang mmenyukarkan usaha OPEC untuk menstabilkan harga global. Kini minyak WTI didagang di sekitar $46.17 setong, manakala Brent $49.04 setong. Harga melonjak pada Jumaat lepas apabila pasaran menjangka OPEC akan melanjutkan pemotongan bekalan.

5) Pasaran ekuiti global didagang bercampur-campur dalam dagangan awal minggu ini dengan pasaran Asia majoriti ditutup tinggi di mana Nikkei 225 naik 2.3% dan Shanghai Komposit ditutup rendah 0.8%. Di Perancis CAC 40 susut 0.8% dalam pembukaan pasaran sebentar tadi. Pasaran hadapan di Wallstreet pula turut didagang rendah pada sesi ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat