Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

53

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1. Perhatian pelabur terarah kepada hasil mesyuarat OPEC dan Non-OPEC yang membincangkan tentang pematuhan kepada perjanjian pemotongan bekalan minyak mentah di Rusia hari ini. Namun, Menteri minyak Arab Saudi Khalid Al-Falih berkata tiada perbincangan tentang tentang pemotongan bekalan lebih daripada paras semasa, tetapi akan ada pemotongan untuk Nigeria dan Libya.

2. Pemain pasaran juga akan tertumpu kepada laporan pendapatan suku kedua 2017 di mana syarikat induk kepada Google iaitu Alphabet akan dikeluarkan selepas penutupan pasaran US pada Selasa. Penganalisis menjangkakan syarikat gergasi ini akan merekod pendapatan $4.46 setiap saham.

3. Presiden Trump akan menyampaikan ucapan hari ini berkaitan dengan polisi kesihatan seperti yang dilaporkan oleh sumber daripada White House. Ucapan ini penting bagi melihat pendirian semasa Presiden selepas usaha kali kedua bagi menggantikan Obamacare gagal.

4. Aktiviti ekonomi Zon-Eropah pada Julai semakin perlahan selepas prestasi memberangsangkan sejak beberapa bulan lalu. Indeks komposit pengeluaran merosot ke paras terendah enam-bulan lalu kepada 55.8 pada tempoh sama berbanding  56.3 yang dicatat pada bulan sebelum itu.

Peningkatan dalam komponen pekerjaan dijangka akan melonjakkan keyakinan kepada ekonomi semasa dan pertumbuhan yang perlahan adalah disebabkan penawaran yang kurang daripada permintaan. Dalam konteks ini, pertumbuhan keseluruhan sepatutnya kekal kukuh dalam jangka pendek.

5. Emas capai paras tertinggi satu bulan lalu apabila US dolar melemah sejak akhir-akhir ini terkesan oleh faktor polisi kerajaan, politik dan juga jangkaan kenaikan kadar faedah yang semakin rendah. Emas cenderung mendapat permintaan jika berlaku risiko politik dan polisi global khususnya Amerika Syarikat. Tambahan lagi, emas juga cenderung mengukuh apabila US dolar melemah dengan peningkatan permintaan terhadap komoditi berharga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat