Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

47

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

  • Citygroup berkemungkinan memilih Frankfurt sebagai pengganti Britain bagi menempatkan Bank Pelaburan mereka di Zon- Eropah. Ini adalah satu perancangan kontinjensi kumpulan itu selepas Brexit. Bank ini akan membuat keputusan pada separuh pertama tahun ini.
  • Angela Merkel mendahului undian di Jerman sebagai calon yang berpotensi memenangi pilihanraya Presiden tahun ini. Media Jerman Allgeimene Zeitung pada Rabu menunjukkan Merkel dari blok konservatif mendahului dengan undian 33% berbanding SPD 30.5%.
  • Salah seorang dari pembuat polisi paling senior di Bank of England (BOE) mengatakan bank pusat tidak menjangka adanya krisis kewangan selepas ini. Hal ini dinyatakan sendiri oleh ahli MPC, Gertjan Vlieghe.
  • Harga emas mula jatuh pada sesi Asia apabila Fed dijangka akan memberi gambaran mengenai kenaikan kadar pada Mac nanti. Emas bagi penghantaran April di Comex New York Merchantile Exchange menyusut sebanyak 0.13 peratus kepada $1,237.25 satu troy ounce, manakala copper futures meningkat sebanyak 0.04 peratus selepas jatuh ke paras terendah pada $1,226.50.
  • US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding enam matawang utama yang lain menyusut sebanyak 0.7 peratus kepada 101.28. Dalam sesi ini juga, USD/JPY berubah sedikit kepada 113.48, manakala AUD/USD didagang meningkat sebanyak 0.25 peratus.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat