Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

47

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

  • JPMorgan mengatakan bahawa perancangan kerajaan UK yang mahu mengurangkan cukai korporat agar Britain terus kompetitif selepas Brexit tidak akan menyelesaikan masalah ‘Hard Brexit’. Perdana menteri Theresa May dan Chancellor Philip Hammond telah mencadangkan Britain mungkin akan mengurangkan cukai korporat bagi mengekalkan perniagaan di UK dan menarik lebih banyak syarikat untuk beroperasi Britain selepas mereka meninggalkan Kesatuan Eropah.
  • Pembuat kereta mewah BMW sedang mempertimbangkan untuk menukar perancangan bagi pengeluaran kereta mereka dari Britain ke Jerman berikutan UK akan meninggalkan Kesatuan Eropah. BMW akan memindahkan operasi itu ke pusat pengeluaran sedia ada di Rgensburg  dan Leipzig.
  • Pasaran saham Asia ditutup rendah. Nikkei di Jepun susut 0.85% berikutan penguatan Yen. Di Hong Kong pula indeks Hang Seng susut 0.28%, manakala di China. Indeks Komposit Shanghai susut 0.66% pada masa yang sama.
  • Kerajaan UK akan memberikan lebih banyak visa kepada pekerjaan di sektor teknologi bagi mengekalkan akses kepada pekerja mahir dari luar negara selepas Brexit. Pihak kerajaan akan memberikan 250 visa imigran tahun ini, lebih daripada yang ditetapkan sebelum ini.
  • Perhatian pasaran terarah kepada Trump yang akan membuat ucapan pertamanya di hadapan Kongres pada Selasa dan beliau dijangka akan mengutarakan beberapa aspek perubahan cukai dan perbelanjaan infrstruktur yang ditunggu-tunggu pasaran selama ini. Tetapi ada juga pemain pasaran menyatakan kebimbangan jika Trump tidak menjelaskan perkara ini secara lebih lanjut akan mengecewakan pasaran.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat