Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

53

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1. Theresa May telah diberikan kuasa untuk memenuhi artikel 50— Proses formal mengeluarkan Britain dari Kesatuan Eropah yang memakan masa sehingga dua tahun– selepas Parlimen mengundi yang memihak kepada Brexit. Justeru, proses rundingan keluar menjelang akhir bulan ini perlu dijalankan seperti yang telah dirancang demi kepentingan seluruh rakyat di UK.

2. Theresa May tidak akan menjalankan proses formal secepat mungkin dan hanya akan memenuhi artikel 50 pada hari-hari terakhir Mac. Sebelum ini pasaran menjangka May akan memulakan proses ini seawal Selasa selepas rang undang-undang ini mendapat kelulusan Parlimen UK.

3. Chancellor Jerman, Angela Merkel berkata pada Isnin bahawa perdagangan bebas adalah penting bagi Jerman dan Amerika Syarikat dalam ucapannya kepada ketua-ketua perniagaan di Munich menjelang pertemuannya dengan Presiden Donald Trump di Washington. ‘AS adalah rakan dagang terpenting Jerman dan juga keseluruhan Kesatuan Eropah.”

4. Pasaran saham dan matawang bergerak tenang selepas Nicola Sturgeon mengumumkan perancangannya untuk membuat referendum kemerdekaan Scotland dari Britain pada Isnin. FTSE 100 naik 0.34% pada penutupan Isnin, manakala Pound naik 0.46% pada penutupan hari sama berbanding US dolar.

5. Federal Reserve yang mengalami kesukaran menaikkan inflasi sejak krisis kewangan 2008 dan sehingga ke hari ini masih jarang menaikkan kadarnya berbanding yang telah dijangkakan oleh pasaran. Pada Khamis nanti, seluruh dunia telah menjangkakan The Fed akan menaikkan kadarnya dengan inflasi ketika ini menunjukkan isyarat terus meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat