Lima Perkara Yang Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Forex Hari Ini

719

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam pertengahan sesi Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menjadi perhatian pemain pasaran hari ini ialah:

#1 Ketidaktentuan politk Itali terus menghantui pasaran khususnya indeks-indeks saham Eropah. Ia juga telah menyebabkan kejatuhan matawang Euro sejak daripada minggu lalu. Pair EUR/USD jatuh sehingga ke paras terendah 10 bulan yang lalu pada Selasa. Perkembangan terkini seperti tiada penyelesaian kepada kemelut pemilihan Perdana Menteri dan majoriti parti mahu pilihanraya diadakan semula pada Julai.

#2 Ketegangan perdagangan AS-China masih diperhatikan pasaran. Pemain pasaran terus meneliti perkembangan rundingan dua kuasa ekonomi besar dunia dengan Presiden Trump berkata akan meneruskan tariff $50 billion terhadap import China. White House dijangka akan mengeluarkan senarai produk import China itu pada 15 Jun. China pantas memberi respon sebagaimana berkata akan melindungi kepentingan negara itu.

#3 Minggu ini tumpuan kepada data pekerjaan Amerika Syarikat. Sebelum data NFP dikeluarkan pada Jumaat, pasaran terlebih dahulu akan meneliti data ADP-NFP yang akan dikeluarkan pada pukul 8.15 malam ini.

#4 Ketegangan geopolitik semakin reda di Asia selepas White House mengesahkan pertemuan dengan Korea Utara sekaligus meningkatkan keyakinan pasaran. Amerika Syarikat ketika ini sedang bersiap-sedia untuk pertemuan Presdien Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un.

#5 Matawang AUD dan NZD membuat lonjakan sejak sesi Asia. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat kenaikan 70 pip dan 85 pip dari paras terendah hari ini. Kenaikan NZD banyak disokong oleh komen bank pusat RBNZ dan juga permintaan tinggi terhadap kedua-dua matawang apabila White House mengesahkan pertemuan dengan Korea Utara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat