Lima Perkara Yang Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Forex Hari Ini

772

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam pertengahan sesi Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menjadi perhatian pemain pasaran hari ini ialah:

#1 Rundingan perdagangan Amerika – China akan terus menjadi fokus utama pasaran. Walaupun dengan indeks saham yang positif pada awal dagangan minggu ini, pasaran akan tetap meneliti rundingan perdagangan global. Setiausaha perdagangan AS Wilbur Ross telah meninggalkan China tanpa sebarang kemajuan dalam isu tariff dan Presiden Trump sedang bersedia untuk ke Kanada bagi menghadiri perhimpunan negara G7.

#2 Perkembangan hubungan antara Korea Utara dan Amerika akan terus menjadi perhatian pasaran sebelum perjumpaan rasmi Trump dan Jong-Un pada 12 Jun di Singapura. White House telah mengatakan bahawa pendirian Amerika kekal di mana sekatan ekonomi terhadap Korea Utara akan terus dikenakan kecuali negara itu menghentikan semua program nuklearnya.

#3 Matawang GBP menguat secara keseluruhan sejak pukul 4.30 petang tadi selepas pengumuman indeks PMI sektor perkhidmatan UK. Indeks PMI sektor perkhidmatan ini meningkat ke paras tertinggi sejak tiga bulan yang lalu, meneruskan pemulihan selepas kejatuhan ke paras terendah pada bulan Mac. Bacaan indeks meningkat ke paras 54.0 pada Mei dari 52.8 pada April. Bacaan kali ini juga jauh melebihi jangkaan pasaran 52.9.

#4 Matawang AUD adalah matawang paling lemah pada Selasa. Matawang Aussie itu melemah menjelang pengumuman polisi pada pukul 12.30 tengah hari tadi. Sebelum itu, Australia melaporkan data akaun semasa yang lebih buruk daripada yang dijangkakan sekaligus menyebabkan AUD tertekan.

#5 Harga minyak mentah bergerak lebih rendah menjelang pengumuman data inventori. Harga minyak terus tertekan disebabkan ura-ura bahawa OPEC akan meningkatkan bekalan di masa akan datang. Terbaru Amerika Syarikat juga meminta kebenaran OPEC untuk menaikkan pengeluaran sebanyak 1 juta tong sehari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat