Lima Perkara Yang Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Forex Hari Ini

776

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam pertengahan sesi Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menjadi perhatian pemain pasaran hari ini ialah:

#1 Fokus kini terarah kepada laporan minit mesyuarat Federal Reserve yang akan dikeluarkan pada pukul 2 pagi Khamis. Minit ini akan diteliti kerana ia dijangka akan memberikan isyarat tentang polisi monetari di masa akan datang.

Untuk pengetahuan anda, pasaran kini menjangka akan terdapat lagi dua kali kenaikan kadar faedah pada tahun ini dan ada juga sesetengah yang menjangka tiga kali kenaikan. Kenaikan dua kali atau lebih bergantung kepada prestasi ekonomi semasa dengan melihat data-data ekonomi dan komen-komen dari bank pusat.

#2 Matawang Yen mendapat permintaan dan menjadi matawang paling kuat pada Rabu apabila pasaran mendapati Presiden Trump telah mengurangkan keyakinan terhadap perkembangan rundingan antara dua ekonomi terbesar dunia. Trump berkata pada Selasa bahawa beliau tidak gembira dengan rundingan terbaru antara AS-China.

Selain itu, satu perkara lagi yang memburukkan sentimen adalah isu Korea Utara di mana Trump berkata terdapat peluang yang besar rundingan beliau dengan Kim Jong Un tidak akan berlaku pada 12 Jun.

#3 Kejatuhan mendadak matawang Euro adalah disebabkan kejutan daripada data PMI yang menunjukkan aktiviti ekonomi semakin perlahan ke paras terendah 18 bulan yang lalu. Dengan data yang mengecewakan, sudah tentu pasaran melihat pengetatan kadar faedah mungkin berlaku lebih lewat dan mengurangkan potensi pengetatan polisi monetari di masa akan datang.

#4 Matawang GBP melemah pada pukul 4.30 petang tadi selepas data inflasi UK dikeluarkan. Data-data inflasi merekodkan bacaan yang kurang memberangsangkan yang meleset daripada jangkaan pasaran. Data inflasi penting yang menjadi tumpuan pasaran iaitu indeks harga pengguna (CPI) hanya merekodkan bacaan 2.4% meleset daripada jangkaan kenaikan 2.5% (YoY). Bacaan 2.4% ini pula adalah catatan terendah sejak Mac 2017.

#5 Harga minyak mentah bergerak lebih rendah pada Rabu selepas laporan bahawa OPEC berkemungkinan akan meningkatkan pengeluaran seawal Jun. Kebimbangan terhadap isu bekalan dari Iran dan Venezuela menimbulkan kebimbangan bahawa OPEC berkemungkinan meningkatkan pengeluarannya, menurut Reuters.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat