Lima Perkara yang Anda Perlu Tahu Dalam Pembukaan Pasaran New York

69

Trump memilih kegemarannya, Bank-bank bertaraf dunia membayar denda, kekecewaan dalam data U.K. Ini antara topik yang akan dibualkan oleh pelabur, spekulator dan pedagang di seluruh dunia dalam pembukaan pasaran New York.

Pengurusan ekonomi Trump

Donald Trump terus menunjukkan kuasa di akaun Twitternya pada Selasa yang mana satu dari tweet nya menawarkan rundingan dari Boeing Co. terhadap kos tempahan kapal terbang. Manakala di Jepun saham institusi perbankan Softbank Group Corp melonjak ke pras tertinggi sejak Ogos 2015. Walaupun begitu, ada kritikan berikutan taktik yang digunakan Trump sama ada berkesan dalam jangka masa panjang berikutan laman Twitter ini menjadi perkara penting dalam pasaran sejak akhir-akhir ini.

Bank-bank utama didenda

JPMorgan Chase & Co., HSBC Holdings Plc dan Credit Agricole SA dedenda oleh Kesatuan Eropah (EU) sebanyak $521 juta kerana aktiviti manipulasi Euribor benchmark interest-rate. Selain itu, Credit Suisse Group AG mengurangkan sasaran keuntungan mereka dan  $1 billion franc berikutan kerugian dalam beberapa perniagaan yang dijalankan.

Data UK mengecewakan

Sektor pembuatan UK mencatatkan kejatuhan dalam pengeluaran sebanyak 0.9% pada Oktober yang jauh lebih rendah berbanding jangkaan peningkatan 0.2%. Pound jatuh secara mendadak sejurus data dikeluarkan dan ketika ini Gbp/Usd didagangkan di paras 1.2591. Walau bagaimanapun, masih ada berita baik dalam data UK iaitu kajian semuala bacaan imbangan pembayaran (balance of payment) yang lebih baik dari data sebelum ini.

Kenaikan dalam pasaran ekuiti

Indeks MSCI Asia Pasifik melonjak 0.6%, manakala di Jepun Indeks Topix juga naik 0.9% ke paras tertinggi sejak Januari berikutan kejatuhan Yen selama tiga hari berturut-turut. Di Eropah, Indeks Stoxx 600 naik 0.80% berikutan keyakinan kepada bank pusat Eropah yang akan meneruskan program stimulusnya pada mesyuarat esok. S&P 500 pula meningkat 0.1% di New York.

Kejatuhan saham-saham broker penyedia dagangan online

GAIN Capital mengalami kejatuhan saham yang teruk pada Selasa sebanyak 9.09% kejatuhan semasa sesi New York ke paras $6.20. Plus 500 juga mengalami kejatuhan dari $512 ke paras $364.5 yang terendah sejak 12 bulan lepas. CMC Markets mengalami kejatuhan nilai saham sebanyak 37%, manakala IG Group menyusut 39%. Hal ini sudah tentu berlaku kerana andaian bahawa kurangnya aktiviti perniagaan dari kalangan syarikat broker ini berikutan halangan yang akan menyukarkan pihak mereka mendapatkan pelanggan-pelanggan baru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat