Lima Perkara yang Anda Perlu Tahu Dalam Pembukaan Pasaran New York

38

Pemeteraian perjanjian OPEC semakin diragui, Strategi Brexit dikemukakan, Pedagang silap dalam melihat sentiment kemenangan Trump. Ini adalah antara topik yang akan diceritakan oleh pelabur, speculator diseluruh dunia dalam pembukaan pasaran New York.

  • Perjanjian OPEC semakin meragukan

Rusia telah menyatakan tidak akan menyertai perjumpaan mesyuarat OPEC esok di Vienna berikutan peluang untuk memotong pengeluaran minyak dunia semakin tipis. Goldman Sachs telah memberi amaran  harga minyak mentah boleh jatuh sebanyak $6 setong jika OPEC gagal mempersetujui pemotongan keluaran minyak pada Rabu. Goldman juga mpengatakan peluang bagi pemeteraian perjanjian hanya 30%. Pada masa artikel ini ditulis, minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) didagangkan di paras $46.38 setong.

  • Strategi Brexit

Perdana Menteri Theresa May selalu menegaskan Brexit bermaksud Brexit tanpa mengatakan secara lanjut tentang perkara ini. Theresa Mei dilihat tegas dan berpendirian teguh bahawa usaha Brexit perlu diteruskan kerana ia adalah pilihan rakyat United Kingdom yang telah ditentukan semasa undian Jun lepas.

Gambar yang menunjukkan nota yang dipegang oleh salah seorang ahli Parti Konservatif memasuki Jalan Downing semalam menunjukkan ada perancangan tentang Strategi Brexit. Semalam Presiden Draghi mengatakan UK berhadapan dengan risiko ekonomi dalam jangka panjang.

  • Jangkaan melampau terhadap polisi fiskal Trump

UBS Group AG merupakan sebuah institusi kewangan yang mengurus dana hampir $2 trillion menjangkakan Yen akan menguat ke paras 98.00 berbanding US dolar berikutan jangkaan positif yang melampau terhadap polisi pengembangan fiskal Trump. Yen telah melemah berbanding Dolar ke paras 114 pada Jumaat lepas kerana aktiviti pembelian Dolar sejak pilihanraya presiden 8 November.

  • Pasaran Ekuiti mendatar

Indeks MSCI Asia Pasifik jatuh 0.1% dengan Topix di Jepun ditutup kurang satu mata selepas tren menaik selama 12 hari berturut-turut. Di Eropah pula, Stoxx 600 jatuh 0.1% pada 5.26 petang tadi dalam dagangan yang agak kecil berikutan para pelabur sedang memerhatikan perjanjian OPEC dan referendum Itali hujung minggu ini. Manakala S&P 500 secara umumnya tidak berubah.

  • Laporan data US malam ini

Minggu ini merupakan minggu yang sibuk dalam pasaran US dengan lambakan laporan data yang akan dikeluarkan. Para trader di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia perlu berhati-hati mala mini kerana data KDNK US dan Indeks keyakinan Pengguna US akan dikeluarkan pada pukul 9.30 malam dan 11 malam. Selain itu, ahli FOMC, Dudley juga akan berucap pada malam ini pukul 10.15 malam diikuti dengan Powell pada pukul 1.40 pagi nanti.

 

Asas Polisi Fiskal dan Kesannya Kepada Ekonomi yang Anda Perlu Tahu

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat