Lima Perkara Yang Anda Perlu Tahu Menjelang New York Open

581

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam pertengahan sesi Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menjadi perhatian pemain pasaran hari ini ialah:

#1 Pusingan kedua rundingan perdagangan AS-China akan berlangsung di Washington pada hari ini. Rundingan ini melibatkan Setiausaha Perbendaharaan AS Steve Mnuchin dan Timbalan Presiden China Liu He. Rundingan yang berlangsung di China sebelum ini tidak banyak menghasilkan perkara yang positif dan ia akan bersambung di Washington hari ini.

#2 Tumpuan adalah kepada data jualan runcit (retail-sales) Amerika Syarikat pada pukul 8.30 malam ini. Bacaan sebelum ini merekodkan bacaan yang lebih daripada jangkaan. Penggunaan oleh penduduk melalui data jualan runcit penting untuk melihat prestasi ekonomi semasa, kerana ia mewakili sejumlah besar keseluruhan ekonomi Amerika Syarikat.

#3 Kenaikan harga minyak mentah yang berterusan menjelang pengumuman data inventori API dari Amerika Syarikat. Data ini akan dikeluarkan pada awal pagi Rabu dan dijangka akan terus mennyokong kenaikan harga minyak mentah dunia.

#4 Hasil-Bon 10-tahun Amerika meneruskan kenaikannya pada Selasa. ‘Hasil-Bon 10-tahun AS’ (US-10 year treasury yields) membuat lonjakan pada pukul 12 tengah hari tadi sehingga mencapai paras tertinggi 3.028% hari ini. Ini sekaligus telah menyokong kenaikan US dollar sejak 6 jam yang lepas.

#5 Matawang GBP bergerak turun-naik (volatile) selepas Pejabat Statistik UK menunjukkan bacaan yang mengecewakan dengan kadar gaji (Average Earning Index) hanya merekodkan kenaikan 2.6% berbanding jangkaan 2.7%. Data tuntutan pengangguran (Claimant Count) pula menunjukkan pertambahan tuntutan pengangguran yang tinggi sehingga 31,200 berbanding jangkaan 13,300. Data hari ini bagaimanapun dilihat bergerak dinamik ke arah unjuran yang telah dibuat oleh Bank of England (BoE) yang mana mengekalkan jangkaan kenaikan kadar faedah pada Ogos depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat