Lima Perkara Yang Anda Perlu Tahu Menjelang New York Open

699

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam pertengahan sesi Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menjadi perhatian pemain pasaran hari ini ialah:

#1 Terdapat pergerakan yang volatile (turun-naik) dalam pasaran forex pada hari ini terutamanya kepada matawang Euro dan GBP. Matawang GBP dan Euro kedua-duanya mendapat sokongan pada Selasa selepas berita dari Zon-Eropah dan penerangan laporan inflasi di UK.

#2 China akan mengurangkan cukai import terhadap produk automobil dan juga alat ganti kereta, kata Kementerian Kewangan China pada Selasa. Ini adalah usaha kerajaan China untuk membuka akses yang lebih besar di dalam pasaran automotifnya sekaligus semakin meredakan ketegangan perdagangan dengan Amerika Syarikat.

#3 Matawang Euro membuat lonjakan berbanding matawang-matawang utama yang lain pada Selasa selepas berita dari Eropah tersebar, bahawa Kesatuan Eropah bersedia untuk memulakan rundingan perdagangan bebas bersama Australia dan New Zealand. Suruhanjaya Eropah yang berunding untuk 28 negara-negara Kesatuan Eropah (EU) akan cuba mendapatkan perjanjian yang komprehensif dengan kedua-dua negara tersebut.

#4 Pasaran saham Amerika Syarikat dijangka positif pada malam ini selepas pasaran melihat kebimbangan terhadap ‘perang perdagangan’ semakin reda.  Hal ini dapat dilihat dalam indeks hadapan saham Dow Futures yang kini meningkat 0.21%.

#5 US dollar didagangkan  di bawah paras tertinggi lima bulan yang lalu berbanding beberapa matawang utama yang lain. Indeks US dollar kini melemah selepas membuat rally sepanjang minggu lalu sehingga membentuk satu pinbar di time-frame daily pada Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat