Lira menguat kembali dan Yen melemah

61

Lira Turki menunjukkan rebound melawan US Dollar semalam setelah kerajaan Turki berjaya mendapatkan kembali kawalan penuh ke atas negara manakala Yen dilihat melemah akibat sentimen pasaran yang semakin baik.

US Dollar menjunam sebanyak 2.71% melawan Lira Turki pada harga 2.9318.

TRY/USD 15 minit
TRY/USD 15 minit

Lira melemah sebanyak 4.73% melawan USD pada hari jumaat setelah perdana menteri mengumumkan cubaan rampasan kuasa akan berlaku dan ia merupakan penurunan yang tertinggi buat Lira sejak Oktober 2008.

Safe haven, Yen juga didagangkan dengan harga rendah, penurunan sebanyak 0.86% dan tidak jauh daripada harga tertinggi sejak 3 minggu lalu.

USD/JPY 15 Minit
USD/JPY 15 Minit

Permintaan USD meninggi berikutan data jualan runcit US pada jumaat lalu yang positif, menampakkan perkembangan suku kedua tahunan yang positif.

Matawang Euro dan Pound juga dilihat masih menguat dengan EUR/USD meningkat sebanyak 0.24% dan GBP/USD meningkat sebanyak 0.52%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat