Lira Sekali Lagi Menjunam Berikutan Kebimbangan Hubungan Turki-AS

553

Matawang Lira Turki sekali lagi melemah pada Rabu berikutan ketidaktentuan (uncertainty) hubungan antara Amerika Syarikat dan Turki.

Matawang Lira kini didagangkan di sekitar 6.3438 berbanding US dollar semakin lemah sejak sesi pasaran dibuka pada hari Rabu. Lira capai paras tertinggi hari ini di 6.2183.

Untuk pengetahuan anda, Lira bukan sahaja jatuh berbanding US dollar, malah ia jatuh berbanding sebahagian besar matawang di dunia termasuk Ringgit. Sebab utamanya adalah faktor polisi di Turki dan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat.

Paras paling buruk yang dicapai oleh Lira dalam sejarah adalah 7.1000 pada 13 Ogos yang lalu apabila Amerika Syarikat mengenakan tariff dua kali ganda terhadap keluli dan aluminium dari Turki.

Kejatuhan Lira bermula pada tahun 2010 tetapi ia semakin lemah sejak kemenangan Recep Tayyip Erdogan pada tahun ini. Pasaran bimbang dengan polisi yang digunakan oleh Erdogan di mana bank pusat negara itu tiada kebebasan dalam menggubal dasar monetari.

Penganalisis percaya sebab utama kepada tindakan AS baru-baru ini mengenakan tariff kepada Turki adalah berikutan keengganan negara itu membebaskan pastor Brunson yang berasal dari Amerika Syarikat.

Brunson yang telah menetap di Turki sejak dua dekad yang lalu dituduh membantu penyokong Fethullah Gulen yang kini berada di Amerika Syarikat. Fethullah dituduh oleh pihak berkuasa Turki sebagai ‘mastermind’ kepada cubaan untuk merampas kuasa pada tahun 2016.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat