Lira Turki Menjunam Berbanding Ringgit – Turki Destinasi Melancong Paling Berbaloi Pada 2018

5,256

Tahukah anda Turki adalah destinasi yang paling murah dan berbaloi untuk dilawati orang Malaysia pada tahun 2018? Turki sejak dahulu adalah negara yang paling banyak dilawati oleh pelancong antarabangsa dan disebabkan itu banyak syarikat yang menawarkan penerbangan ke negara itu.

Boleh lah try search harga tiket ke Turki untuk mendapatkan tiket flight terendah. Pastinya, tidak ada alasan lagi untuk anda pergi melancong ke sana kerana nilai Ringgit Malaysia yang semakin meningkat berbanding Lira Turki.

Ya, Ringgit semakin meningkat berbanding matawang Turki!

Dahulu pada tahun 2010, 1 Lira adalah bersamaan dengan RM 2.30. Kini pada 13 Ogos 2018 1 Lira hanya bersamaan dengan RM0.58. Ya hanya 58 sen sahaja untuk dapatkan 1 Lira.

Tak percaya? Lihat chart pergerakan matawang Lira berbanding Ringgi di bawah.

Tren kejatuhan TRY/MYR. Sumber : Investing.com

Orang Malaysia yang melancong ke Turki pada tahun 2010 memerlukan RM2.30 untuk ditukarkan kepada 1 Lira. Jika pada 2010 anda mahu membawa 1000 Lira, Ringgit Malaysia yang diperlukan adalah RM2,300. Pada 2018, anda hanya memerlukan RM580 untuk mendapatkan 1000 Lira dan sudah tentu menjadi satu percutian yang sangat berbaloi sebab boleh beli macam-macam dan boleh mendapatkan pakej pelancongan yang terbaik.

Pastinya anda tertanya-tanya, kenapa Lira Turki jatuh begitu banyak?

Untuk pengetahuan anda, Lira bukan sahaja jatuh berbanding Ringgit, tetapi ia jatuh berbanding sebahagian besar matawang di dunia. Sebab utamanya adalah faktor polisi di Turki dan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat.

Kejatuhan Lira bermula pada tahun 2010 tetapi ia semakin lemah sejak kemenangan Recep Tayyip Erdogan pada tahun ini. Pasaran bimbang dengan polisi yang digunakan oleh Erdogan di mana bank pusat negara itu tiada kebebasan dalam menggubal dasar monetari.

Kejatuhan Lira bertambah teruk apabila Presiden Trump mengenakan tariff dua kali ganda terhadap keluli dan aluminium dari Turki.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat