Livepeer (LPT) Sebuah Revolusi Penyiaran Video Dikuasakan Oleh Teknologi Blockchain!

158

Livepeer sebuah protokol rangkaian video live streaming pertama yang tidak berpusat sepenuhnya, bertujuan untuk menjadi alternatif berasaskan blockchain yang berdaya maju kepada penyelesaian penyiaran (broadcast) berpusat.

Dilancarkan pada tahun 2017 oleh Doug Petkanics dan Eric Tang.

Livepeer sebuah projek yang unik kerana ia bertujuan untuk merevolusikan industri penyiaran dengan menggunakan kuasa teknologi blockchain.

Baru-baru ini, Livepeer tersenarai di Coinbase Pro yang telah menarik perhatian para pelabur.

Meneliti kepada carta LPT/USDT, pergerakan harga dapat dilihat menyaksikan penurunan secara drastik pada pembukaan pasaran bulan Jun selepas tersenarai di platform binance pada 28 Mei 2021.

Susulan itu, pasaran kripto yang masih belum pulih sepenuhnya daripada situasi ‘market crash’ baru-baru ini telah memberi impak kepada kejatuhan harga tersebut, begitu juga dengan matawang kripto yang lain.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga LPT sedang berusaha kembali untuk memperoleh momentum kenaikan dengan paras rintangan sekitar $21.00 menjadi tumpuan utama seterusnya untuk dituju.

Sekiranya pergerakan harga dapat melepasi paras rintangan tersebut, zon SBR (support become resistance) sekitar harga $23 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Namun jika harga LPT kembali mempamerkan corak penurunan, harga dilihat bakal kembali menguji paras sokongan sekitar $18 samada membuat ‘rebound’ atau mencatatkan paras terendah yang terbaru (ATL).

Sewaktu penulisan, LPT/USDT didagangkan pada harga sekitar $20.05 dengan nilai pasaran lebih $424 juta dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-107 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto LPT/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat