‘Lockdown’ Fasa Baru Kini Bermula – Rishi Sunak Umumkan Perubahan ‘Skim Furlough’!

360

Menteri Kewangan UK mengumumkan pada hari Khamis bahawa bantuan pekerjaan ‘skim furlough’ yang memberi subsidi gaji kepada mereka yang tidak dapat bekerja berikutan Covid-19 akan diperpanjangkan sehingga Mac 2021.

Rishi Sunak memberi ulasan lanjut mengenai keadaan ekonomi Britain. Menurut beliau, pemulihan ekonomi di UK semakin perlahan dan risiko ekonomi cenderung untuk menguncup. Tambah beliau,ketidakpastian isu-isu semasa telah menekan perkembangan ekonomi dan terdapat keutamaan untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan sepanjang musim sejuk.

Justeru atas dasar tersebut, skim furlough akan diperpanjangkan sehingga akhir bulan Mac. Walaubagaimanapun, polisi tersebut akan dikaji semula pada bulan Januari nanti selepas meneliti keadaan ekonomi pada ketika itu.

Disisi lain, Bank of England (BOE) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 0.10% dan meningkatkan program pembelian bonnya sebanyak £150 bilion menjadi £875 bilion ketika mesyuarat polisi sesi November.

Matawang pound melonjak ke paras harga 1.3073 pada hari ini dan dalam masa yang sama turut dipengaruhi oleh sentimen pasaran yang berhati-hati optimis bahawa Demokrat Joe Biden akan memenangi pilihan raya AS yang telah mendorong kemerosotan US dolar.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat