Logam Emas Dalam Bahaya?

531

Emas sedikit meningkat selepas mengalami kejatuhan lebih rendah pada minggu lalu yang terkesan oleh lonjakan hasil bon AS 10 tahun dan pengukuhan US dolar.

Pada sesi Asia, logam kuning itu didagangkan berlegar pada $1,650 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,655 per auns.

Hasil bon AS 10 tahun melepasi paras 4% pada hari Jumaat buat pertama kali sejak Oktober 2008, manakala indeks dolar menghampiri paras tertinggi 20 tahun selepas data ekonomi minggu lalu mengukuhkan pandangan untuk kenaikan kadar oleh Federal Reserve (Fed).

Sebagai tindak balas, emas jatuh rendah pada $1,640 per auns sebelum sedikit pulih pada sesi dagangan Asia hari ini.

Penganalisis melihat situasi ini semakin berbahaya untuk dagangan emas yang berpotensi untuk jatuh lebih rendah berikutan pengukuhan berterusan dalam US dolar.

Pasaran terus mengekalkan jangkaan untuk kenaikan 75 mata asas pada bulan Disember selepas menyaksikan bacaan data inflasi Amerika Syarikat yang lebih kuat daripada jangkaan minggu lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat