Logam Kuning Mendaki Dengan Perlahan Dalam Sesi Asia

39

Harga emas didagang stabil dalam sesi Asia pada Rabu berikutan percampuran pandangan mengenai prospek kenaikan kadar oleh Fed, dan pandangan mengenai debat pertama yang diadakan semalam.

Emas bagi penghantaran Disember meningkat 0.01% kepada $1,330.55 satu troy ounce.

Terdahulu, Naib Pengerusi Fed, Stanley Fischer berkata bahawa ekonomi AS sudah mula menjana pendapatan yang lebih baik.

Namun begitu, beliau mengharapkan skala ini melonjak lebih tinggi.

Pada sesi sebelum ini, emas didagang merosot, menyambung kerugian sesi sebelum ini selepas pasaran menganggap Hillary Clinton memenangi sesi pertama perdebatan menentang Donald Trump.

Perdebatan seterusnya dijadualkan pada 9 Oktober manakala sesi terakhir dijadualkan pada 19 Oktober.

Logam kuning memperoleh kekuatan sebelum ini selepas Fed mengumumkan untuk tidak menaikkan kadar pada bulan September.

Top 5 Negara Mengikut Ekonomi!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat