Logam menjunam dibayangi kekuatan Dollar

107

Emas jatuh ke paras terendah dalam tempoh 3 bulan apabila pelabur menilai prospek kadar faedah AS yang lebih tinggi dan pengukuhan Dollar di tengah-tengah ketegangan di Ukraine yang kembali tenang. Emas jatuh sebanyak 0.3% kepada $1,246.53 p/oz semalam dan terus merosot dalam sesi Asia sehingga mencecah harga $1,234.90 p/oz. Dollar indeks menghampiri puncak tertinggi dalam tempoh 14 bulan pada hari Khamis berkait spekulasi bahawa Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah tidak lama lagi.

Turut terkesan adalah platinum dan Copper yang turun sebanyak 0.8% kepada $1,359.50 p/oz, terendah sejak Disember 31, dan 1.3% kepada harga $3.095 paling rendah dalam tempoh 12 minggu. Harga emas dijangka terus berada dalam ketidakpastian sehingga minggu depan, apabila FED mula bersidang pada 18 September.

gold

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat