Loji Hidroelektrik Tawar Perlombongan Bitcoin Secara Senyap-Senyap?

1,395

Tindakan keras China terhadap perlombongan Bitcoin telah memberi impak terhadap perniagaan tempatan. Dalam keadaan seperti ini, pemilik loji tenaga hidroelektrik telah memutuskan untuk menjual operasi mereka dengan menawarkan janji bahawa ia dapat digunakan untuk perlombongan BTC.

Setakat ini, semakin jelas dalam komuniti kripto bahawa China mula agresif dalam menunjukkan permusuhan terhadap kripto. Negara yang berpenduduk paling banyak di dunia cenderung mengulangi langkah larangan terhadap kripto dan yang lebih giat dilakukan pada bulan Mei. China telah menekan dan memaksa para pelombong untuk menghentikan operasi atas alasan ia mendatangkan ancaman terhadap alam sekitar.

Larangan ini telah memberi kesan yang jelas terhadap rangkaian BTC dengan penurunan kadar hash sebanyak 40% dalam beberapa minggu. Bukan itu sahaja, syarikat kecil yang menyalurkan perkhidmatan terhadap syarikat pelombong kripto juga mendapat tempias.

Berdasarkan laporan media China, beberapa pemilik loji tenaga hidroelektrik telah menjual perkhidmatan mereka di platform e-dagang terpakai yang popular yang disebut Xiandyu. Mereka mendakwa bahawa loji hidroelektrik yang kecil ini membolehkan perlombongan kripto berlaku. Disisi lain, harus diperhatikan bahawa harga untuk loji hidro telah menurun dengan ketara dalam beberapa bulan terakhir.

Walaubagaimanapun, beberapa syarikat pelombong telah mengorak langkah dengan memindahkan operasi mereka ke negara lain. Antara lokasi pilihan ialah Kazahkstan, Kanada dan Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat