Lonjakan GBP Di Sesi Eropah Berpunca Daripada Ini!

1,013

Matawang pound sterling meningkat ke paras ketinggian dua bulan pada awal sesi pasaran Eropah berikutan laporan positif mengenai vaksin Pfizer telah mendorong permintaan terhadap matawang berisiko.

Pembuat vaksin Pfizer dan BioNtech memberitahu pada hari Isnin bahawa ujian klinikal fasa akhir yang dijalankan ke atas vaksin mereka menunjukkan keberkesanan lebih 90% untuk mencegah Covid-19.

Dolar greenback yang pada mulanya mencatat lonjakan ketara susulan laporan tersebut, kembali menyusut pada sesi dagangan Selasa dengan didagangkan lebih rendah berbanding matawang utama.

Penganalisis Deutsche Bank memberitahu bahawa pound akan menjadi matawang utama yang meraih manfaat daripada vaksin Pfizer.

Hal ini kerana, kerajaan UK mempunyai pendedahan yang baik kepada Pfizer dalam potfolio vaksinnya yang luas dan mendalam. Selain itu, kejayaan vaksin akan membawa perbezaan yang besar terhadap prospek ekonomi UK berbanding negara G10 lain memandangkan ia paling terkesan dalam menangani krisis pandemik di tengah-tengah ketiadaan vaksin.

Selain itu, dagangan matawang pound turut disokong oleh prospek mengenai rundingan perjanjian Brexit. Menteri Kewangan UK Rishi Sunak mengatakan terdapat kemajuan yang signifikan telah dicapai dalam rundingan Brexit.

Pihak pentadbiran UK juga menyatakan bahawa pihak mereka bersedia untuk berkompromi dalam isu perikanan.

Dalam pada itu, data tumpuan pada sesi Eropah hari ini memperlihatkan bacaan yang bercampur-campur, di mana kadar pengangguran UK meningkat paling tinggi sejak 2016 pada 4.8%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat